Bila Blogger Bersembang Dengan Pelanggan LAZADA Malaysia Yang Tidak Berpuashati.

Sekadar gambar hiasan - Kredit My Lil Garaje.

Sekadar gambar hiasan – Kredit My Lil Garaje.

Kisah ini terjadi petang tadi sekitar jam 3.30 petang di Pejabat Poslaju Temerloh. Sedang aku beratur untuk tunggu giliran kelihatan seorang pelanggan Poslaju di hadapan aku ingin menghantar barang ke Lazada Malaysia, aku terus syak mesti untuk return dan bila tengok pada alamat sah memang benar sangkaan aku. Pada mulanya dia hanya beratur sambil pegang kotak Cornell menunggu giliran untuk berurusan, borang penghantaran poslaju dia belum isi lagi dan pegawai kaunter minta dia berbuat demikian lepas dia bertanya.

Aku dengan tanpa segan silu terus tanya, Lazada tak sediakan borang poslaju untuk urusan pemulangan barangkah? Dia jawab tiada, aku cuba ingat semua pembelian aku dengan Lazada adakah diberikan borang tersebut seperti yang dibuat oleh pihak Zalora Malaysia tapi aku gagal mengingatinya secara terperinci.

Bila dah tanya soalan tu dan dijawab dia kongsikan apa masalah yang terjadi pada barangan yang dibelinya. Katanya “blender” dalam tu pecah dan tidak boleh digunakan lagi. Pembelian produk Cornell dari Lazada itu sebenarnya dikirim oleh mak beliau kerana dia hanya membelikan dan terus dialamatkan ke rumah mak beliau (begitulah jalan ceritanya yang aku faham). Mak dia telefon dan maklumkan bahawa barang yang dihantarnya bunyi pecah bila digoncangkan bungkusan kotak tersebut. Dia cerita lagi yang bungkusan itu hanya dimasukkan dalam beg plastik poslaju biasa tanpa perlindungan tambahan menggunakan buble wrap.

Begitu cuai sekali pihak Lazada dalam urusan pembelian pelanggan ini. Elok-elok beli barang untuk digunakan terus tak boleh guna dan terpaksa dihantar semula untuk ditukar yang baru. Kena bayar dulu duit pos tersebut nanti Lazada kreditkan semula nilai tersebut dalam akaun Lazada beliau.

Inilah pengalaman aku sendiri mendengar luahan hati pelanggan Lazada Malaysia, aku tidak bongkarkan identiti aku selaku blogger. Ya memang benar aku pernah review servis dan produk mereka tapi itu tidak bermakna aku harus puji juga sesuatu yang tidak beres di mata aku. Berkata benar itu pahit tapi kena hadapinya untuk menambahkan kualiti servis Lazada itu sendiri.

Moga pihak berkenaan ambil serius soal keselamatan barangan yang dihantar kepada pelanggan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

17 Responses

  1. Mus says:

    ni yang buat org hilang kepercayaan ni

    • Ejam Othman says:

      kan…kesilapan kecil ini boleh dielakkan sebab bukan pertama kali membungkus barangan pelanggan..
      biar lebih extra selamat daripada berkira sangat…gitu.

  2. akubiomed says:

    Rasanya pihak pengedar gagal membungkus dengan baik menyebabkan barangan yang dihantar pecah. Masih didalam jaminan tentu ada tindakan yang bakal diambil.

    • Ejam Othman says:

      tuler, pembekal kena ambil berat isu ini.
      benda urgent nak pakai dah tak boleh pakai gara-gara kesilapan yang boleh dielakkan dari awal.
      yang tercalar nama lazada juga..

  3. Ya Allah, tak memasal kena ganti yang baru… Sepatutnya mereka kena semak semua barangan yg para pembeli order… Jangan main hantar macam tu… Yela lazada ni antara company terbesar juga kan…

  4. diana says:

    Saya pun ada kisah sedih dengan lazada ni.tapi sebab dia orang sabar melayan amukan saya ,tak jadi saya nak panjang2 kan citer.heheh..

  5. Zuan says:

    uish, apa la diorang ni. service is top priority kot. tak kisah apa produk buat, klu servis teruk, teruk la company tu

  6. Abdur says:

    Bro jangan buat macam itu ye,

    Nanti koyak semua kain pelikat yang bro hantar.

  7. hanari says:

    Kesilapan yang sebenarnya sangat tidak perlu terjadi,

  8. JAYMIEE says:

    minggu ni masa aku buat promo lazada ,tiba-tiba ada sorang tu cakap lazada tak bagus sebab barang yang dia beli dah 2 minggu masih belum sampai lagi…..apapun aku harap agar pihak lazada lebih serius dalam menangani setiap masalah ….

  9. lin azlina says:

    baru je bercadnag nak beli brg letrik kt lazada… agak murah tgk pada harganya..

  10. Maklumat yang sangat berfaedah kepada org mcm saya. Kerana bila kita buat bisness online, sibuk dan besar macam manapun kompeni kita, hak pembeli ./ pengguna mesti diutamakan kerana tanpa pembeli, peniaga tak kemana. Tak guna ada nama seluruh dunia tahu tapi khidmat yang kita sediakan tidak sehebat mana, silap2 dunia kenal syarikat dari Malysia jual secara tak reliable. Jadi buruk tu dapat kat semua orang.

    Sekian, T.kasih

  11. taliban says:

    borang tu ada, lepas dia report kat lazada call center, lazada akan hantar borang melalui email, kita kene print > isi detail > dan pos balik pada alamat yg diberi.. sbb aku ptg ni nak hantar tv led balik.. pecah masa penghantaran.. lazada call center byk membantu, sgt berpuashati dgn servis walaupon brg rosak.. bukan salah lazada jugak.. huhu

  12. En. Zam says:

    Baru plan nak beli alat senaman. Ada yang penah beli ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *