Buffet Ramadhan Casa Ombak

casa-ombak-buffet-ramadhan

Bermula dari hari pertama bulan Ramadhan tahun ini, seperti biasa musim Buffet Ramadhan datang dengan pelbagai tawaran. Buffet Ramadhan Casa Ombak juga tidak ketinggalan turut serta memberikan pilihan kepada mereka yang suka berbuka di luar. Lokasi Casa Ombak adalah seperti berikut:

Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang

Lokasi kita dah tahu, mari kita lihat apa pula kelebihan yang ditawarkan oleh mereka untuk pelanggan-pelanggan yang berminat. Biarlah gambar di bawah yang berbicara;

suasana-sebelum-berbuka-di-casa-ombak

Susunan meja di ruangan terbuka.

kawasan-makan-terbuka-yang-selesa-casa-ombak

Meja-meja yang disusun di bawah kanopi yang selesa dan kemas.

Bayangkan baru tengok susun atur sahaja sudah menerbitkan rasa selesa dan santai sekali untuk menjamu selera sendirian, berkeluarga mahupun bersama teman-teman dan kenalan. Orang kata buka puasa beramai-ramai ini lagi meriah selain daripada itu dapat cuci-cuci mata (bergurau jer ni) atau manalah tahu bertemu jodoh bagi yang bujang lagi available.

barisan-pilihan-lauk-casa-ombak

Barisan sebahagian hidangan yang ada.

kaunter-bihun-mee-sup-casa-ombak

Mee / Bihun Sup pun ada juga.

makanan-goreng-casa-ombak

Ada makanan bergoreng, ala-ala minum petang pula.

nasi-kerabu-casa-ombak

Pilihan Nasi Kerabu juga ada untuk memenuhi selera pelbagai pelanggan.

ulam-ulaman-sambal-casa-ombak

 Ulam-ulaman dan pelbagai pilihan sambal juga ada.

Apa anda rasa bila dijamu dengan gambar hidangan yang disediakan oleh pihak Buffet Ramadhan Casa Ombak ini? Rasa lapar semula kalau baru lepas berbuka ataupun rasa lambatnya waktu hendak berbuka kalau dibaca waktu siang hari.

casa-ombak-buffet-ramadhan

 

Pada harga serendah RM55.00 untuk dewasa dan RM27.00 untuk setiap kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun saya merasakan ianya satu pakej harga yang menarik sekali untuk mereka yang ingin mencuba Buffet Ramadhan. Jangan lupa buat tempahan terlebih dahulu sebelum hari di mana anda ingin mencuba buffet yang disediakan oleh pihak Casa Ombak.

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi:-

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Kamil Salleh says:

    Salam Ramadhan bro…. semoga dpt melakukan ibadat dgn sempurna dan dpt kerahmatan di dunia dan akhirat. Semoga berjaya….

  2. titan says:

    tu dia.

    nak bayar tu..bawa masa pergi ke sana ke..kena booking dulu? ke bayar dulu?

  3. Tawaran bufet menarik yang jarang ada di bandar besar macam KL….

  4. UpProfits says:

    Harga buffet yg sangat berpatutan buat berbuka puasa..

  5. AkmaOmar says:

    Assalam terima kasih join ya tak sangka ramai otai sudi berjimba contest haha….good luck & semoga berjaya

  6. hanari says:

    Sangat menyelerakan berbuka puasa dengan menu yang snagat sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *