Kesan Ribut Di Mentakab Semalam.

image

Petang semalam hujan agak lebat di Mentakab dan kawasan sekitarnya. Ketika kami dalam perjalanan ke bazaar Ramadhan Songsang hujan masih tidak selebat mana. Selepas siap aku membeli juadah berbuka kami terus pulang, dalam perjalanan balik banyak kawasan berlaku dahan dan pokok tumbang di tepi jalan. Beberapa kawasan di Mentakab dilanda ribut dan angin kencang dan ada juga bumbung-bumbung rumah yang rosak teruk.

image

Pagi tadi bila sampai sekolah di mana aku bekerja nampak keadaan ini pula, bumbung blok kelas menyembah bumi. Ada beberapa kepingan bumbung berterbangan di kawasan sekitar.

Nasib baik kejadian ini berlaku di saat tiada orang di kawasan sekolah. Mungkin esok lusa baru kepingan bumbung ini dapat dialihkan oleh mereka yang bertanggungjawab kerana agak besar dan berat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Bahrain says:

    Tempat saya pun ribut semalam tapi tak sedar pula ada ribut. aleh2x besok tgk banyak pokok tumbang plus pagar jatuh.

  2. Nadot says:

    Kuat betul tu ribut kalau sampai dah atap boleh jatuh ni… Semoga tak jadi la kejadian yang tak diingini akhir2 Ramadhan dan Syawal ni…
    Selamat Hari Raya Ejam! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *