Mohon Cuti Raya.

Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa untuk tahun ini. Hari kedua puasa kami agak letih sebab tak sempat sahur, kesian pada isteriku sebab dia menyusukan anak. Waktu bekerja pun dia kena siapkan stok susu untuk Aqil. Semoga setiap apa yang dilakukannya diberikan pahala ibadah.

image

Semalam dah berdiskusi dengan isteri tersayang tentang jumlah cuti hari raya yang perlu diambil untuk pulang ke Machang nanti. Ya tahun ini giliran balik ke Kelantan pula. Mengikut kalendar Denaihati Network ini kita bakal cuti raya pada 28 dan 29 Julai 2014 iaitu hari Isnin dan Selasa. Ada 3 hari kerja dalam minggu tersebut yang perlu diminta cuti, agak banyak juga. Isteriku minta ambil cuti awal sehari pada hari Jumaat 25 Julai 2014 untuk perjalanan balik bagi mengelak kesesakan.

Peruntukan cuti tahunan aku tinggal 10 hari sahaja lagi, ambil 4 hari tinggal 6 hari untuk bertahan hingga hujung tahun. Diharapkan cukuplah cuti berbaki yang ada.

Macam mana korang? Dah minta cuti raya?

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Oleh kerana famili saya raya kat KAJANG je tahun nie saya seperti biasa bertugas di kedua-dua hari raya ….hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.