Persiapan Awal Raya Seorang Papa.

beg-sandang-biru-nile

Musim perayaan bakal menjelang, berakhirnya Ramadhan disambut pula kedatangan Syawal yang mana lebih dikenali Hari Raya Aidilfitri. Persiapan aku sebagai seorang Papa kepada 2 hero comel biasanya ringkas-ringkas sahaja. Beli sepasang baju baru, sepasang baju melayu yang telah ditempah sebelum bulan puasa lagi dan beberapa aksesori yang dirasakan sesuai. Kasut dan sandal baru biasanya macam wajib pula, lagipun hari biasa aku hanya guna kasut untuk kerja sahaja. Ada kasut dan sandal raya barulah semangat nak menziarahi sanak-saudara itu datang.

kasut-merah-putih-nile

Teringin pula nak pakai kasut warna merah, bila tengok laman web Nile terjumpa kasut dengan warna tersebut. Harga pun murah juga tanpa berlengah lagi terus pilih warna dan saiz untuk dimasukkan dalam “troli membeli-belah” yang disediakan.

sandal-coklat-putih-nile

sandal-hitam-biru-nile

Jangan salahkan aku ya sebab terbeli sandal bukan sepasang tapi 2 pasang sekaligus disebabkan tarikan harga murah dan mampu dimiliki. Sandal warna coklat putih dan sandal hitam biru ini kelihatan ringkas dan minimalis sekali. Bila dah sampai dan rasanya bila dipakai selesa juga untuk berjalan dari rumah ke rumah di hari raya nanti.

sandal-dan-kasut-nile

Jumlah untuk 3 barang di atas baru RM60.89 tapi kalau nak dapatkan penghantaran percuma dari pihak Nile silalah jadikan jumlah dalam troli anda lebih daripada RM100.00.

kegunaan-beg-sandang

Selongkar punya selongkar laman web mereka aku terpandang pada beg sandang ini, aku rasa sesuai untuk dijadikan beg untuk meletakkan lampin pakai buang anak-anak dan baju salin yang lebih setiap kali keluar rumah beraya nanti. Sebelum ini main sumbat dalam beg tangan Mamanya sahaja kesian pula rosak beg tu nanti.

beg-pinggang-hitam-nile

Sampul angpau berisi duit sebagai pemberian di hari raya kepada anak-anak kecil itu adalah budaya baik dalam memberi. Susah juga nak bawa paket angpau kalau tiada beg kecil, oleh itu aku sambar beg pinggang warna hitam ini sebagai alasan untuk meletak sampul angpau tersebut. Telefon aku yang 2 biji tu pun boleh masuk sekali, kunci kereta dan kunci rumah pun masih muat lagi. Oh ya duit raya anak-anak Papa yang diterima nanti boleh juga tumpang beg ini dulu sebelum masuk ke akaun bank mereka.

penghantaran-nile

Musim perayaan kita hendaklah berbelanja dengan bijak serta berjimat cermat sebab nanti lepas musim perayaan kehidupan harus diteruskan, jangan waktu itu baru nak pening kepala duit gaji dah tinggal sedikit. Aku pilih Nile sebab nak berjimatlah, harga yang mereka tawarkan boleh tahan murahnya dengan servis penghantaran yang cepat. Selepas 24 jam aku buat pembelian dan pembayaran pihak GDex dah hantar bungkusan ke pejabat tempat aku bekerja.

puasa-raya-free-delivery

Sempena Ramadhan ini dapatkan PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian minima RM48 di nile.com.my. Info lanjut rujuk promo PENGHANTARAN PERCUMA di sini.

Terima kasih Nile sebab menjadi alternatif terbaik dalam memberi pilihan kepada pengguna untuk berjimat. Apa tunggu lagi serbulah laman web mereka untuk persiapan raya anda.

Laman web: http://www.nile.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/nile.com.my

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. Kujie says:

    ejam….kasut merah tu cantik..serius cantik.
    sandal tu pun….. nampak puas hati dan berbaloi

  2. Mus says:

    saya tak pernah lagi shopping di nile..
    kalau sabah/swk.. kena cas pos kan?

  3. promosi menarik di Nile ni.Bolehlah terjah nanti 🙂

  4. farid laham says:

    menarik!! kalau student tengok mesti terus shopping ni untuk raya..

    • Ejam Othman says:

      musim perayaan waktu untuk berjimatkan bukan untuk berhabis nanti lepas raya dah mula makan meggi pula.
      beringat2lah sesama kita, ada pilihan berjimat kita pilihlah kan. 🙂

  5. titan says:

    tu dia..

    semua nak beraya sakan nih. hoho

    • Ejam Othman says:

      walaupun nampak sakan tapi masih berjimat-cermat.
      tahun ni cikgu titan kena keluar duit raya untuk anak2 buah yang baru ler yer, penyatuan dua jiwa kan 🙂

  6. hanari says:

    Wouww,,semua serba baru nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.