iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

iPhone Percuma untuk Blogger Malaysia

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

Peraduan yang menghadiahkan gajet mewah telah kembali, seperti biasa dibawakan oleh Denaihati Network sejak beberapa tahun yang lepas. Terkenal dengan sebuah blog dan komuniti yang aktif dalam dunia blog maka tidak hairan jika dikatakan ramai blogger di Malaysia mesti kenal akan jenama blog Denaihati.com. Kali ini giliran iPhone 5s gajet impian setiap blogger pula menjadi tema pembuka kepada peraduan suku akhir tahun 2014 ini.

Walaupun aku selaku penaja sebahagian daripada jumlah hadiah yang akan ditawarkan tetap ingin mencuba nasib sertai peraduan ini kerana tiada halangan daripada pihak penganjur untuk penaja turut sama.

iPhone-5s-gajet-impian-setiap-blogger-2014 (4)

Intro panjang dah di atas, sekarang masa untuk menjawab soalan kepada pertanyaan kenapa iPhone 5s menjadi Gajet Impian Blogger? Aku cuba senaraikan dari persepktif aku sendiri selaku blogger dan disesuaikan dengan nafsu aku untuk gajet impian ini, antaranya ialah:-

  1. iPhone 5s smartphone mahal dan mewah dalam kelasnya, siapa pakai orang yang memandang mesti respek punyalah. Bukan menunjuk tapi inilah sumber motivasi seorang blogger.
  2. Pembangun aplikasi telefon pintar sering mengutamakan pengguna iPhone terlebih dahulu jika penghasilan aplikasi dilepaskan untuk pengguna. Untunglah dapat jadi yang terawal pakai sesuatu aplikasi.
  3. Pelbagai pilihan aplikasi percuma dan berbayar. Kalau berbayar pun tidaklah mahal mana masih dalam kategori mampu beli.
  4. Kamera iPhone 5s ini orang kata boleh tahan juga, dengan adanya pelbagai aplikasi bolehlah buat suntingan untuk menambahkan nilai seni pada sesuatu gambar, sesuai sangat dengan jiwa aku yang suka ambil gambar penuh seni (perasan puji diri sendiri).
  5. Seorang blogger ke-ibu-bapa-an seperti aku ini gambar dan video memang menjadi keperluan aku untuk sentiasa direkodkan jika ada aksi spontan anak-anak. Ada bahan yang dirakamkan maka adalah entri di blog yang boleh dihasilkan.

Cukup dah 5 poin di atas sebagai pengenalan awal kenapa dan kenapa aku nak sangat iPhone 5s ini. Ada banyak lagi tapi biarlah aku corat-coretkan di blog ini lepas iPhone 5s selamat berada dalam genggaman tangan ini (tahap yakin tertinggi macam abang Hasrul Hassan).

iPhone-5s-gajet-impian-setiap-blogger-2014 (3)

Jenama buah epal digigit ini yang aku ada dan pernah ada ialah iPad2 dan iPad Mini buat masa ini, lepas ini iPhone 5s pula…tak gitu. iPad Mini itu aku menang dalam peraduan penulisan di blog juga, Alhamdulillah rezeki. Manakala iPad2 adalah dibeli dari duit poket sendiri.

Bila ahli keluarga gajet jenama Apple semakin bertambah maka urusan kerja dan minat aku terhadap blog akan lebih mudah diuruskan. Selain ini dapat juga membantu bisnes Seluar Pelikat @HEYdotMY aku.

iPhone-5s-gajet-impian-setiap-blogger-2014 (2)

Kepada blogger yang berminat nak mencuba nasib kot kot ler menang sebiji daripada 3 biji iPhone 5s yang ditawarkan bolehlah ke sini – Peraduan iPhone 5s gajet impian setiap blogger.

Ucapan terima kasih kepada semua penaja yang terlibat serta penganjur yang menambahkan warna dunia blog di negara kita ini.

1. http://ejamothman.com
2. http://www.eridy.com
3. http://www.hilalazmi.com
4. http://eizil.com/
5. http://asamboi.my
6. http://www.diarymama.com
7. http://pendekarberkuda.org
8. http://www.saji.my
9. http://abangensem.com
10. http://www.enveeus.com
11. http://www.pakarniaga.com
12. http://anarm.net
13. http://www.daddydee.net
14. http://www.sunshinekelly.com
15. http://sweetkurma.com
16. http://awn.my
17. http://mawarmerah2008.com
18. http://www.blogieta.com
19. http://www.broframestone.com
20. http://www.akmaomar.com
21. http://khairilmazri.com

 

Denaihati.com

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

16 Responses

  1. ohcikgu says:

    Wahhh..

    Panjangnya penerangannnn

  2. jaymiee says:

    in shaaa allah ada kelapangan bole la nnt cuba2 join…

  3. Hairul Azni says:

    Semoga berjaya Ejam..memang best contest ni..

  4. wazy says:

    Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini bro 🙂

  5. Bahrain says:

    iPhone 5s yang sentiasa diidamkan oleh semua blogger.

  6. Jia Rizaira says:

    Penerangan yg padat dan jelas. Nampaknya ramai yg mengidamkan iPhone 5s ni.

  7. Fadhil says:

    Wah, nak tambah ahli keluarga Apple ya? Selamat berjaya bang ejam.

  8. Denaihati says:

    billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

  9. onlajer says:

    Nak install juga lah , aplikasi yang boleh edit gambar

  10. Denaihati says:

    billion terima kasih sudi jadi penaja dan sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

  11. ohcikgu says:

    semua orang berebut nampaknya nak iphone 5s tu. hehe

  12. cikgu naman says:

    kalau dapat iPhone 5s bertambah syok lah..hehe

    goodluck!

  13. ainun says:

    cabaran kedua belum lagi keluar..sama-sama menunggu untuk contest iphone5s ni

  14. PuanGojes says:

    entri yang mantap 😀
    apa pun again, Good luck dari PG ya 🙂

  15. Good luck bos..lain kali saya boleh join juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *