Main Air di Taman Tema Air Bayou Lagoon Park Resort.

image

Cuti Hari Merdeka kali ke-57 hari ini kami sekeluarga habiskan masa berendam sampai kembang di Bayou Lagoon Park Resort. Taman tema air yang menjadi tarikan terbaru di negeri bersejarah Melaka. Perancangan memang dah dibuat awal dan tiket juga siap beli di Groupon Malaysia.

image

image

Harga yang ditawarkan murah RM5 dari harga beli terus di lokasi. Dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10 (12 tahun ke bawah dan ketinggian melebihi 3 kaki). Bila dah beli jangan lupa cetak baucer Groupon tersebut, serahkan di kaunter tiket untuk tuntut tiket masuk (gelang tangan).

image

image

image

Waktu kami sampai sekitar jam 9.30 pagi ruangan parking kosong lagi tapi bila masuk ke dalam dah ramai manusia, mesti pelancong tempatan yang menginap di hotel tersebut. Ramai orang ambil peluang bercuti sempena hari merdeka dan juga berehat bersama keluarga selepas hari raya.

image

image

image

image

image

Taman tema air ini menarik dan ringkas. Bersama keluarga berendam rasa seronok. Ada kolam airnya sejuk dan ada juga yang suam-suam. Gelongsor air juga banyak dan pelbagai pilihan baik untuk dewasa mahupun kanak-kanak.

image

Haq dan Aqil seronok sangat berendam, menggigil kesejukan tapi tak nak keluar dari air. Aqil sampai kecut jari jemari halusnya. Lepas siap salin baju kedua-duanya pengsan dalam kereta sebab keletihan dalam keseronokan.

Lepas ini kalau balik Melaka lagi bolehlah rancang lebih ramai ke sana. Kali ini berjaya pergi bersama keluarga adik ketiga aku dan adik bongsu sahaja. Orang Melaka saya cadangkan bermain air di sini. Kemudahan bilik persalinan juga luas dan bersih.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. Mus says:

    tempat yang menarik.. pasti lapar lepas berendam

  2. Hairul Azni says:

    Dah lama tak pergi main air di taman tema..lokasi taman tema yang paling hampir dengan tempat saya, bukit gambang waterpark..

  3. cleffairy says:

    Wah, ramainya hari tu! Tempat ni memang best! Sesuai untuk aktiviti riadah keluaga. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *