Alhamdulillah Menang iPad Mini dari RichPlan4U.

image

Alhamdulillah rezeki dari-Nya untuk aku dan keluarga bagi tahun 2014 ini. Dari blog aku menang iPad Mini ini melalui sebuah peraduan anjuran pihak RichPlan4U kerjasama dengan Salam Media.

Hari Sabtu yang lepas pergi berjumpa dengan Encik Taufiq dari RichPlan4U untuk menerima hadiah ini. Perjumpaan ini dibuat dalam suasana santai di Chicken Rice Shop KL Central. Sambil menerima hadiah kami makan-makan dan sembang panjang, seronok sangat.

image

Ibu angkat Encik Taufik merupakan pelakon vateran juga datang bersama. Bila pertama kali jumpa rasa macam pernah tengok dan ternyata betul itulah pelakon drama bersiri di TV3 Suamiku Jururawat Isteriku Doktor. Beliau bahasakan diri sebagai Mama, macam-macam cerita yang dikongsikan termasuklah kerja seni dan kerja amal yang kerap dijalankannya sekarang.

image

Ambil gambar kenang-kenangan dengan Mama tu, Haq dan Aqil panggil nenek. Terima kasih pada Encik Taufiq sekeluarga sudi belanja kami makan, anak-anak kami lepas masuk kereta terus lena kekenyangan.

Oh ya RichPlan4U merupakan sebuah syarikat berkaitan dengan Takaful baik untuk perlindungan peribadi mahupun kenderaan. Jika berminat untuk ketahui lanjut tentang Produk Takaful bolehlah hubungi mereka, dengar cerita ada diskaun khas kalau perbaharui Insuran Kenderaan.

image

Set iPad Mini inilah yang dimenangi, suka sangat tapi ini untuk Papa guna buat work yer Haq. Tak boleh nak buat main. Nanti Papa tukarkan skrin iPad 2 yang pecah tu ya sebagai ganti.

Akhir kata terima kasih buat Encik Taufik sekeluarga dan semoga perniagaan RichPlan4U berkembang dan bertambah maju lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Hairul Azni says:

    Tahniah ye Ejam..lepas ni makin senang la nak online.. 🙂

  2. Bahrain says:

    Tahniah dapat Ipad.

  3. MyCherita says:

    wahh.. best tu… tahniah ya…

  1. 18/08/2014

    […] yang lalu selepas ambil iPad Mini yang dimenangi kami menuju ke Teluk Panglima Garang untuk ambil adik-adik aku dan anak buah untuk ke Seremban. […]

  2. 24/08/2014

    […] dan pernah ada ialah iPad2 dan iPad Mini buat masa ini, lepas ini iPhone 5s pula…tak gitu. iPad Mini itu aku menang dalam peraduan penulisan di blog juga, Alhamdulillah rezeki. Manakala iPad2 adalah dibeli dari duit poket […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *