Semalam Demam Hari Ini Naik Bintik-bintik Merah Bawah Leher Pula.

image

Semalam Aqil demam dan Mamanya terpaksa ambil cuti kecemasan. Lepas beberapa kali diberikan ubat seperti yang disarankan oleh Doktor Zul demamnya dah kebah. Waktu ambil dari rumah pengasuh tadi neneknya cakap demam dah ok tapi tidak pula disebut pasal bintik-bintik merah bawah leher ni. Bila dah balik waktu nak cuci berak Aqil baru aku perasan.

image

Lepas pakai lampin aku sapukan calamine lotion di bawah lehernya supaya rasa lega sikit kalau ada rasa gatal disebabkan kehadiran bintik-bintik merah itu. Anak kecil tidak tahu nak ceritakan apa yang dia rasa maka kita kenalah bijak “merasa” dan bertindak dalam menenangkan situasi.

Cepat sembuh ya Aqil sayang.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *