Kek Red Velvet Upin Ipin Untuk Aqil.

image

Sabtu yang lepas Daris Aqil genap setahun. Kami tidak buat majlis makan-makan yang besar cuma menjamu saudara-mara yang datang ke rumah. Petangnya kami ke Kubang Gajah Mini Water Park untuk berendam dan main air. Haq dan Aqil suka sangat kalau berendam.

image

Sebelah malamnya sebelum makan malam kami potong kek untuk Aqil, oh ya secara tepat abang Haq yang potongkan sebab pisau tu dalam genggamannya. Kek Red Velvet ini isteriku tempah dari pembuat kek tempatan siap COD lagi.

image

Rasanya sedap dan kena pada selera isteriku. Malam tu aku sempat merasa sepotong, ?eknya lembut dan moist gitu. Lepas ini kalau nak jamu kek bolehlah ulang order dari orang yang sama nampaknya.

image

Walaupun ringkas sambutan birthday Aqil tapi rasanya cukup dah sebagai kenang-kenangan buat dia, itupun kalau dia ingat lagi nanti. Cadangnya nak buat bbq di Melaka waktu cuti Hari Raya Aidiladha nanti boleh makan-makan dengan keluarga di Melaka pula.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Bahrain says:

    Setakat ni, Kek red velvet paling sedap pada saya. 😀 Happy birthday buat anaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.