Kenapa Perlu Baca Blog Parenting.

Banner-Segmen-Melastik-Bintang

Segmen Kenapa Perlu Baca Blog Parenting ini dibawakan oleh blogger MelastikBintang yang ada iras-iras Izzue Islam katanya. Rasa macam tak pernah aku sertai mana-mana segmen anjuran blogger, ker ada dan aku lupa. Ok boleh abaikan kekusutan itu. Marilah kita baca entri ini yang ingin aku kongsikan 3 blog parenting yang aku selalu baca.

1. Chika / Nurulism.

dayfordills.com

Kenapa aku baca blog Chika ini? Bagus sangatkah? Takde ler bagus sangat tapi menarik sebenarnya. Sebelum ini Chika menggunakan domain Nurulism.com tapi disebabkan masalah yang aku tidak ketahui puncanya maka berpindahlah blog tersebut ke domain baru iaitu DayForDills.com dengan mengekalkan imej lamanya.

Blog beliau punya gaya penceritaan yang menarik, kalau baca kisah seram pun boleh gelak. Agak-agak mesti orang ingat aku tak sihat kalau baca blog pun gelak-gelak dan sengih-sengih depan laptop. Cubalah kalian ikuti blog beliau baru tahu apa yang aku nyatakan ini adalah kebenaran.

nurulism-Instagram

Entri blog beliau sekarang agak lambat kemaskininya sebab supermama tu sibuk uruskan 3 cahaya mata yang comel-comel. Kalau rasa nak ikuti kisah kehidupan anak-anak comel beliau boleh ke Instagram Nurulism. Oh ya beliau ada hashtag khas untuk perkongsian gambar makanan yang dia masak atau makan, serius mengiurkan. Ikuti hashtag tersebut di #NurulismKitchen.

——-

2. Ben Ashaari.

blog-BEN-ASHAARI

Blogger Ben Ashaari siapa tak kenalkan. Aku suka follow FB dan blog beliau sebab adanya kisah Qhaliff dan Zahra yang comel. Pelbagai gambar yang dikongsikan Mr.Mama ketika bersama anak-anaknya. Ben aktif dalam dunia blog dan merupakan blogger sepenuh masa, sangat kagum bagaimana dia mampu jadi sedemikian.

Oh ya siap ada Kelab Blogger Ben Ashaari lagi tu, ini kelab peminat dan pengikutnya yang terdiri daripada blogger dan pembaca blog beliau. Aku juga salah seorang daripada ahli kelab tersebut. Tujuan aku sertainya untuk tambah kenalan blogger disamping dapat menambah ilmu dan pengalaman hidup.

ben_ashaari-Instagram

Follow Instagram Ben Ashaari juga kalau nak tengok gambar comel anak-anak beliau. Setiap gambar ada cerita sama macam tagline blog aku ni. Hampir terlupa Kelab Blogger Ben Ashaari juga ada akaun Instagram, boleh follow juga untuk tengok aktiviti komuniti mereka.

——-

3.  Yanmie.

Blog-SuperMak-yanmie

Ini seorang lagi antara blogger dalam kategori Parenting Blogger yang selalu aku ikuti kisahnya, siapa tidak kenal blogger Yanmie yang merupakan seorang SuperMak. Beliau sekarang dalam tempoh mengandungkan anak yang ke-4, semoga kali ini beliau mendapat baby perempuan pula selepas 3 hero comel yang dimilikinya sekarang. Sebelum ini beliau aktif menyertai aktiviti yang melibatkan blogger tapi disebabkan ada anak kecil sekarang aktiviti luarnya diperlahankan demi memberi tumpuan pada yang hak. Itulah seorang ibu walau berjaya mana pun dalam bidangnya keutamaan tetap pada anak-anak dan keluarga.

yanmie-Instagram

Aksi anak-anak membesar depan mata dirakamkan dan dikongsikan bersama kawan-kawan dan keluarga di Instagram Yanmie, tengok sahaja jumlah gambar yang telah dimuatkan melebihi 2000 unit. Memang seronok layan InstaVideo dan gambar-gambar Irfan di situ, sejak dah nak dapat adik baby baru dia semakin matang nanti boleh tolong ibu jaga adikkan.

Oh ya walaupun suri rumah sepenuh masa merangkap blogger bila ada masa (hehehe) Yanmie juga ada Kedai Online iaitu Butik Baby Ibu yang menjual barangan bayi. Betullah tagline blognya SuperMak, tengah mengandungkan beliau aktif dengan urusan perniagaannya.

——-

Dari 3 blog yang aku kongsikan di atas kesimpulan kenapa perlu baca blog parenting ialah untuk menambah ilmu dan informasi tentang anak-anak dan keluarga dari pengalaman orang lain. Setiap orang lain cara dan pengalaman mereka, kita baca dan jadikan pedoman dan panduan hidup. Sudah berkeluarga dan punya anak-anak sendiri tidak bererti ilmu dan pengetahuan tentang kekeluargaan dan anak-anak telah mencukupi kerana ianya perlu dicari dan ditambah. Baca baca dan bertanya itulah formulanya.

Setakat ini sahaja penulisan aku tentang 3 blog yang selalu aku baca yang mana dalam kategori Parenting Blogger. Kalau blogger-blogger di atas tiada masa nak update blog aku akan terjah akaun instagram mereka kerana aku pasti di situ ada cerita terbarunya…hehe.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. alhamdulillah.. =) terima kasih bro kerana sertai segmen ini….

  2. fizafiza says:

    nice sharing. ada blog yang tak tahu. so lepas ni pun harus ku riki-riki jugak blog tu.

  3. Tak tahu sangat pasal blog supermak ni juga..tq for info…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *