Memanjat Sana Sini.

image

Bulan ini genap setahun umur Daris Aqil atau secara tepatnya 27 September nanti. Perkara baru yang dia dapat untuk bulan ini ialah MEMANJAT. Serius ini sangat menggerunkan kami suami isteri. Baby setahun apalah yang dia tahu dengan rasa takut, segalanya nampak seronok saja di matanya.

image

Nenek pengasuh pun cakap benda sama bila aku pergi ambil anak-anak balik setiap petang. Rumah nenek pakai sofa lagilah tinggi, risau sangat. Semoga Aqil tidak buat aksi ngeri ini di rumah nenek ya nanti risau Papa dan Mama dibuatnya.

image

Budak bambam ni kalau lepas buat salah dia akan pujuk dengan aksi paling comel. Rasanya nak marah pun tak jadi. Biasanya didenda dengan ujian tahap geli…hehe.

Semoga Aqil membesar dengan sihat dan bijak.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Hairul Azni says:

    Dah mula main panjat2 Aqil ni..nak kena perati selalu la jawabnya..

    • Ejam Othman says:

      Tu yang jadi tak boleh nak buat apa kalau penjaganya seorang jer.
      Kalau wife ada keje nak buat di dapur maka kenalah perhatikan aksi budak ni…tak reti takut…hehe

  2. Norfanil says:

    baby boy.. memang dia nak memanjat.. anak angkat saya.. lagi la..
    tak padan ngan baby girl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.