Pandu Uji Perodua Axia Advance Merah.

image

Pagi tadi sempat pandu uji Perodua Axia Advance warna Merah. Nasib baik waktu maklumkan pada salesman tu dia kata ok saja jam 10 pagi boleh datang. Rasanya macam orang pertama pandu uji pagi tadi. Menarik warna merah ini, seksi dan macho dalam satu..hehe.

image

image

Versi Advance di datangkan dalam transmisi Automatik sahaja, tiada pilihan manual.

image

image

Waktu cuba tadi fungsi ECO diaktifkan untuk tengok penjimatan minyak yang dijanjikan. Aku cuba sekejap dan tak jauh mana jadi tak nampak sangat keberkesanan fungsi eco tu tapi yang aku rasa enjinnya boleh tahan senyap dan pickup.

image

Axia Advance ada kelebihan dari segi aksesori dalaman saja jika dibandingkan dengan Axia SE. Aksesori dalaman tu kalau pasang di kedai aksesori rasanya lebih jimat. Kalau siapa nak rupa sporty luaran cukuplah beli Axia SE sahaja.

Warna Merah dan Hijau cantik…errmmm.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

22 Responses

  1. Hairul Azni says:

    Dah test drive dah nampaknya tu Ejam..ada perancangan nak angkat sebijik ke?.. 🙂

  2. wah review pertama ni. yeop belum ada peluang utk mencuba kereta tu. insya-Allah ada rezeki bolehlah cuba kereta tu.

    nota: lebih suka pakai gear manual.

  3. KiD says:

    waaaahhhh… apa lagi, boleh laaa beli sebiji dua.. hehehee

  4. shark says:

    dah boleh dah nie bawah garaj sebiji,
    depan dia sebijik Mitshubishi ASX.
    mengancam dari depan.

  5. adikchiek says:

    Depan tu sebijik mcm mitsu asx..tang tu yg paling menggoda tu… Tengok member beli asx,tak mampu deng nak membeli asx tu.. La ni axia se ada iras mcm asx dari depan. . Mcm geram je tengok.. Dulu ingat nak beli yg paling murah tu basis tu je Sbb bajet untuk harga tu je… So sekarang rasa nak se tu.. Sib baik boleh bawa manual.save bajet..

  6. adikchiek says:

    Myvi lebih cantik? Atau axia se lebih cantik?

  7. jaymiee says:

    berapa cc ni bos…nampak comel.

  8. Adikchiek says:

    Katakan kalau sekarang sye just beli axia yg paling basic rm24600, agak2 boleh tak pasang bumper yg macam SE tu.

  9. zie fauzi says:

    lawa kereta ni…tp sekali pandang mcm viva pun ada…

  10. akubiomed says:

    Sesuai untuk pemanduan didalam bandar dan kegunaan ke tempat kerja. Minyak jimat dan kaki tak lenguh.

  11. Nampak elegant design dalam dia. Sesuai untuk mereka yang muda belia.

  12. reezluv says:

    macam best je nampaknya tuh..:D

  13. Denaihati says:

    comel axia ni, mesti ramai yabg minat, saiz lebih kurang myvi….besar dan selesa.

  14. ilyas says:

    Sy pun dah pandu uji axia.. pickup kurang jika dibandingkan dgn viva.. lagi masa buat pecutan tu ada dengar bunyi kuat dari enjin…huhuhu.. Yang lain2 semua ok..

  15. kakipromo says:

    kalau aku mungkin beli SE kot, sayang tengok model E dan G tidak dibuat design depan macam SE & advance

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *