Produk Original Upin Ipin Store.

image

Ingat lagi beberapa minggu yang lepas waktu cuti Hari Merdeka kami berendam di Bayou Lagoon Waterpark. Kebetulan hari tersebut Upin Ipin juga turun untuk memeriahkan suasana sambil promosi produk mereka. Singgah juga ke gerai jualan mereka tengok barangan cenderamata yang dijual, promosi potongan harga juga ditawarkan kepada ahli dan juga bukan ahli Kelab Upin dan Ipin.

image

image

Perancangan awal ingat nak beli tabung tapi bila masuk semula lepas ambil duit sekali dah habis. Maka belilah benda yang berfungsi iaitu botol air Upin Ipin. Barang original pertama dari produk keluaran Les’ Copaque. Ok juga kualitinya yang tahan lasak dan material plastik yang lembut bukan keras kejung yang bila dicampak anak pecah berderai tu.

image

Siap ada pelekat hologram di bawah botol bagi membuktikan ianya adalah tulen. Tak mahal mana harganya cuma RM10 sahaja. Mudah anak-anak nak minum air kosong setiap masa. Dalam rumah mahupun keluar berjalan memang botol air ini sentiasa ada.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. murah gak kan RM10 jer….nnti leh beli ni..tggu anak beso sket

  2. titan says:

    rm10..kira murah gak tu sebenarnya.

  3. Denaihati says:

    beli yg original, murah je pun. ada hologram original lagi…

  4. nadiah says:

    Ada lagi tak botol air ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.