Tiga Puluh Dua Tahun.

image

Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Kuasa atas umur yang dipinjamkan ini. Hari ini 11 September genaplah umurku 32 tahun. Terima kasih pada isteriku untuk ucapan di awal pagi tadi. Nak tunggu anak-anak ucap “Selamat Hari Jadi Papa” kena tunggu beberapa tahun lagi, InsyaAllah kalau ada umur lagi merasalah.

image

Syukur pada-Mu atas nikmat kasih sayang Isteri dan anak-anak ini. Tidak lupa juga pada ahli keluarga yang lain. Saat begini teringat arwah Mak, semoga rohnya tenang dengan bekalan doa anak-anaknya.

Nanti nak sambut sekali jalan dengan Ulangtahun Kelahiran Pertama Daris Aqil 27 September nanti. InsyaAllah.

Terima kasih juga pada semua ucapan selamat di Facebook.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.