Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s Sudah Bermula.

gambar-iphone-6-dan-iphone-6-plus

Tajuk pasal tugasan kedua cabaran iPhone 5s tapi gambar guna iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, apakah kepelikan ini wahai ejam. Saja sebenarnya nak guna gambar iPhone 6 tu dengan harapan pihak penganjur cabaran iPhone 5s ini bertindak menukar hadiah kepada iPhone 6 agar ianya menjadi lebih menarik lagi.

Daripada apa yang diceritakan dalam blog Denaihati untuk tugasan kedua ini peserta perlu meninggalkan komen di mana-mana juga entri untuk melayakkan diri menjadi 70 pengomen tertinggi sehingga tarikh tutup cabaran iaitu 15 Oktober 2014.

Aku ada terfikirkan beberapa teknik menarik untuk digunakan oleh peserta supaya adanya komen dari mereka setiap hari walaupun mereka tidak sempat meluangkan masa untuk mengomen. Antaranya ialah:-

  1. Bina pakatan dalam beberapa orang blogger yang menjadi peserta untuk meninggalkan komen setiap hari. Setiap orang diberikan giliran untuk mengomen entri, maklumat nickname, email dan url hendaklah dibekalkan kepada semua ahli pakatan agar tidak berlaku kesilapan yang merugikan. Setiap komen adalah komponen iPhone…hehehe
  2. Upah orang luar, iaitu mereka yang tiada kepentingan dalam cabaran ini. Biar mereka jalankan kerja mengomen setiap hari, bagi pakej ler berapa komen untuk berapa jumlah upah. Nak “berjaya” kena ada pelaburan.
  3. Ajak saudara-mara tolong jadi pengomen bagi pihak, apa guna ada keturunan beberapa level piramid kalau tak nak tolong ahli keturunan sendiri kan…hehe.
  4. Fikir sendiri ler kalau betul-betul nak menangkan…hehe

Idea aku dah bagi kat atas ni, apa lagi pilih mana yang berkenan dan laksanakan ikut kemampuan. 🙂

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. tenun says:

    mantap sekali ini iphone, keren banget,, jadi pengen

  2. Norfanil says:

    buat hari pertama je.. dah 3 hari berhenti.. nampak tak takde semangat..? huhuhu

  3. kak yatiadam says:

    as salam tuan tanah..
    tahniah anda ada blog yg menarik

    jemput jalan2

  4. jaymiee says:

    tak pernah terlintas lg nak guna iphone…hehe

  5. rokiah says:

    menarik idea ni…boleh diaplikasikan

  6. titan says:

    dah tak larat dah. artikel baru pun tak banyak. malas aku nak korek artikel lama-lama. haha

  7. Denaihati says:

    pakat dengan saudara mara lagi…heee. apapun emuga berjaya ke cabaran seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *