Jurugambar Muda Sedang Dilatih.

image

Kelmarin gambar ini dirakamkan oleh Mamanya dengan menggunakan henset Papanya yang jelas lagi terang henset Mamanya telah dirampas untuk dijadikan alat pembelajaran seni fotografi. Kelas pertama ialah ambil gambar lampu.

image

image

Aqil punya perangai tetiba nak ambil gambar dengan henset sekarang gara-gara terpengaruh dengan abang Haq yang suka ambil gambar dengan henset Mamanya. Cepat betul meniru apa yang orang buat sekarang. Antara skill yang dah sedia ada ialah drama air mata menangis macam sakit sangat padahal tak buat apa pun. Menjerit secara bebas juga hobi mereka dua beradik.

image

Semoga anak-anak Papa dan Mama membesar jadi orang yang terbaik, kami sokong minat dan hobi yang kalian suka janji tak menyalahi perintah Agama.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    suka benar dia kan main ehh..

  2. Uncle Zuan says:

    hehe ada bakat tu. boleh di asuh lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *