Menariknya Google Street View Bagi Aku Adalah..

google-maps-street-view-team

Sejak semalam aku bermain-main dengan Google Maps Street View yang baru dilancarkan di Malaysia yang mana katanya memuatkan hampir 90% jalan awam di Malaysia. Agak menarik rakaman gambar yang mereka telah buat sekitar hujung tahun lepas dan awal tahun ini. Antara yang menariknya bagi aku berdasarkan kepada beberapa carian yang ada kaitan dengan aku adalah seperti di bawah.

anip-taman

Dalam gambar ini kelihatan adik ke-3 aku sedang bawa anak keduanya meronda taman perumahan dalam stroller, kenal sangat baju dia tu dan seluar jean lipat tinggi macam rumah banjir jer…hehe.

rangka-rumah-nov-2013rumah-april-2014

Gambar di atas ini pula ada 2 tarikh berbeza dalam laluan yang sama, lokasi di tapak perumahan rumah yang kami bakal diami tahun hadapan. Bila aku poin seberang jalan sana gambar bulan Nov 2013 muncul maka nampak tiang lagi rumah tu, bila aku ke seberang jalan sini gambar bulan April 2014 pula muncul maka nampak dah bumbung rumah. Nampak tak betapa gigihnya Google menyiapkan Street View ini untuk memastikan Malaysia punya kelebihan di mata dunia.

smtmt-melaka

Mengimbau zaman Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah tahun 98/99 dahulu. Sekarang dah jadi Kolej Vokasional Melaka Tengah sekolah tu. Ketika duduk di asrama macam-macam pengalaman ada, menarik, sedih dan pahit semua ada. Ketua Warden adalah manusia paling digeruni waktu itu..hehe.

masjid-bukit-katil

Masjid Bukit Katil inilah selalui dituju setiap hari Jumaat untuk solat Jumaat. Berjalan kaki ramai-ramai semua budak-budak asrama ke masjid. Singgah gerai tepi jalan beli makanan dan minuman tu memang hobi. Hujan atau panas tetap kena berjalan kaki ke masjid.

Ada beberapa lagi kenangan yang aku cuba cari melalui Street View, akan dikemaskini bila dah jumpa nanti.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.