Sedapnya Mee Kari Kemaman Kopitiam Starmall Mentakab.

image

Malam semalam kami sekeluarga keluar makan di Kemaman Kopitiam Starmall Mentakab dengan tujuan isteriku ingin berjumpa rakannya yang bakal bertukar lokasi kerja bermula November nanti. Kira macam mini reunion jugalah. Kisah reunion itu tunggu isteriku update blognya kalau dia rajinlah…hehe.

Apa yang aku nak fokuskan ialah Mee Kari Kemaman Kopitiam ini, dia punya rasa dan harga berbaloi dah. Hidangan semangkuk juga banyak dan kenyang makan, bagi yang makan sikit baiklah berkongsi sahaja semangkuk. Layan gambar mee kari tu buat tatapan.

image

Aku rekemenkan kalau nak rasa mee kari sedap bolehlah cuba menu ini. Air pula aku pilih Kopi Kemaman Ais, dia punya pekat dan rasa kopi memang sedap kena dengan tekak akulah.

image

Gambar dua gelas, aku satu isteriku satu. Haq pun sibuk nak juga rasa kopi ais ini, bagilah juga dia rasa sikit kalau tidak boleh terbalik meja makan (opss terlebih pula bayangan aku).

Harga pula kira sesuai dengan lokasi dan saiz hidangan. Tengok sahaja resit di bawah.

image

Kepada pencinta Mee Kari bolehlah cuba di Kemaman Kopitiam, mungkin selera dan rasa kita tidak sama tapi inilah pandangan aku tentang rasanya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Kalau tak silap kemaman kopitiam ni pun banyak jugak cawangannnya kan…. cuma rasanya tahun depan dalam bil tu mesti ada penambahan 6% GST….betul tak ?

  2. Pahan says:

    aduh, sedapnya rupanya.hehe

  3. Bahrain says:

    Menyelerakan betol. hehehe

  4. titan says:

    geram plak tengok mi kari tu wehh..dah la lapar kat padang tadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.