Menghilangkan Kuning Pada Lampu Hadapan Kereta.

image

Kesan kuning pada lampu hadapan kereta memang perkara biasa namun ianya membuatkan hati ini terasa sakit bila melihatnya. Kereta masih milik bank tapi dah nampak susut nilainya. Sesuatu harus dilakukan kerana sayang kereta yang tiap-tiap bulan dibayar ansurannya tapi berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

image

image

Bahan yang diperlukan untuk mengembalikan sinar pada lampu hadapan kereta yang sudah kuning itu ialah ubat gigi, polish kereta dan tisu. Mudah dan murah sebenarnya kalau dah sedia ada polish di rumah. Seperti dalam gambar di atas ubat gigi dilumurkan pada permukaan lampu, selepas diratakan tisu basah digunakan untuk memudahkan proses menggosok ubat gigi tersebut.

Gosok dalam bentuk pusaran mengikut arah jam sehingga permukaan lampu terasa licin dan warna kuning mula menyusut. Lepas selesai langkah ini bersihkan permukaan lampu serta keringkan sebaik-baiknya.

image

image

Langkah seterusnya ialah sapukan polis kereta pada lampu dan gosok menggunakan tisu kering dalam arah jam. Polish hingga anda puashati dan ?emudian bersihkan. Lihatlah hasilnya, jika masih tidak berpuashati dengan hasilnya sila ulangi langkah awal.

image

image

image

Apa yang aku nampak untuk menghilangkan kesan kuning ini perlukan kesabaran. Aku akan ulangi perkara ini bila ada masa terluang agar lampu tersebut kembali hampir kepada keadaan asalnya, walaupun tidak boleh sepenuhnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

12 Responses

  1. Nurul Fazreen Othman says:

    tak tahu plk bleh pakai colgate buat polish kete. Pasni bleh cube la. Thanks sharing info

  2. fyna says:

    boleh lah fyna cuba lepas nih. ^_^

  3. Anarm says:

    Kalau gosok arah lawan jam boleh? Sebab benda pusing2 ni aku dah terbiasa ikut arah lawan jam.. ke hasil dia jadi lain nanti?

  4. Kalau park kereta dekat tempat terbuka yang selalu jadi macam ni. Kalau berbumbung ok la lagi. Lambat sikit nak kuningnya.

  5. titan says:

    fuhh..

    bersinar-sinar lampunya itu.

  6. Pendekar says:

    kalau rasa nak lebih kepada asal tu kena bukak lampu tu bersihkan dalam sekali…gitu… haha…

    apa-apapun memang satu tips yang sangat bagus untuk diamalkan…

  7. Farhan says:

    Jam saya digital..nk ikut arah mana ye?

  8. Nor hazmira says:

    Colagte…bwaa boleh aave bajet ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *