Pengalaman Makan di Papparich Temerloh.

image

Pada hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga pergi ke PappaRich Temerloh dengan tujuan hendak cuba benda baru. Kedai ini baru buka beberapa bulan yang lepas, sebelum ini pernah dengar saja tentang PappaRich tapi bila dah ada cawangan di sini haruslah dicuba.

image

image

Saat melangkah masuk disambut oleh pekerja mereka dengan ucapan “Welcome”, rasa macam nak masuk restoran oversea pula..hehe. Kami pilih lokasi di dalam kedai sebab mudah nak kawal hero berdua tu. Lagipun kawasan di siar kaki lebih fokus kepada pelanggan yang merokok.

image

Kekok juga mulanya waktu nak tempah makanan, bila ditanya barulah adik tu bagitau kena isi dalam borang pesanan. Haq dah nampak pensel dan kertas mulalah nak menconteng. Cikgu Mama tolong ajar menulis sementara tunggu makanan sampai.

image

Minuman panas dan sejuk.

image

Asam Laksa.

image

Nasi goreng dan satay.

Inilah menu yang kami pilih. Nasi goreng tak nak pedas sebab Haq dan Aqil nak makan sama. Puashati aku suapkan mereka berdua sebab masing-masing berselera makannya. Isteriku pilih Asam Laksa tapi sayang tersangatlah masam sampaikan hilang selera nak makan tapi tetap habiskan juga. Kepingan nenas tu tak boleh nak makan nanti menambahkan rasa masam di dalam suapan. Kuahnya memang pekat dan meriah dengan isi sardin, merka kena kurangkan rasa masam tu saja.

image

Minuman dua-duanya berasaskan kopi maka anak-anak minum air kosong sahaja ler jawabnya. Yang panas sedap dan pekat Pappa White Coffee, yang sejuk cukup rasa kopi Pappa Mocha. Kentang goreng menu sampingan untuk anak-anak juga tapi kamilah yang terpaksa habiskan…rugi tak habiskan.

image

image

image

Lepas siap makan ronda di kawasan siar kaki tengok suasana, menarik juga kalau lepak waktu malam. Waktu siang panas kesian anak-anak.

Lain kali bolehlah cuba lagi menu lain PappaRich ini tapi sebulan sekali bolehlah. Ada beberapa hidangan yang menarik mata memandang.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. Azeni Ahmad says:

    coffea kat Paparich sedap jugak;…
    Saya suka..
    Tak terlalu pekat.. Just nice je la..

  2. Nurul Fazreen Othman says:

    hmm..lama dah xmakan kt paparich ni.

  3. papa rich.. namapun dah rich..hehehe… saya kadang kadang je ke papa rich kalau teringin..

  4. imran says:

    sepanjang hidup saya tak pernah sampai lagi kat sini.

  5. Sesekali nak tukar selera pun okey la lepak kat sini… cuma kalau ada WIFI rasanya tak berapa nak laju sangat… tapi maybe masa pergi tu ramai orang kot… hehehehehe

  6. Muaz says:

    Sedapnya makan tu

    belum berpeluang makan di situ lagi.. insyaAllah satu hari nanti.

  7. Azlan says:

    Makanan, suasana dan layanan sangat memuaskan.
    Tapi order lambat sampai. Nak tunggu Chicken Rice pun 35 minit baru sampai walau pun ada 3 meja pelanggan je masa tu.

    • Ejam Othman says:

      Sebab tak ramai orang kot, biasanya bukan semua menu ready made.
      Takper janji dapat makan makanan yang best dan berbaloi dengan harganya.

      • Azlan says:

        Mungkin juga.

        Tapi apa pun mcm yg saya cakap, makanan dan lain2 sedap dan memuaskan.

        Mmg selalu ke sana, cuma kali ni rasa lewat sikit sampai order.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *