Poslaju Memperkenalkan Borang Khas Untuk Pakej Prabayar.

image

Mulai 1 Disember 2014 pihak Poslaju Malaysia akan menguatkuasakan penggunaan borang Poslaju khas berwarna ungu untuk semua urusan pembungkusan Prabayar yang ada. Ini termasuklah sistem sampul dan kotak serta terpakai untuk Semenanjung dan juga Sabah Sarawak.

image

image

Perbezaan ini terpaksa dilaksanakan berikutan masalah cetak rompak sampul prabayar yang terjadi yang mana merugikan pihak mereka. Beberapa ciri kawalan yang mereka terapkan dalam mengawal masalah cetak rompak ini ialah menghadkan pemberian borang ungu tersebut. Sehelai borang untuk satu unit prabayar sahaja, tidak boleh minta lebih. Andai tersilap tulis kena minta di kaunter semula sebagai ganti.

image

Tracking number Prabayar bermula dengan EP berlainan dari borang oren yang menggunakan tracking number EF.

Jangan risau borang oren poslaju masih boleh digunakan untuk urusan poslaju yang menggunakan pembungkusan biasa. Ada baiknya apa yang poslaju lakukan ini, kelihatan lebih tersusun dan pelanggan juga mudah mengesan perbezaan bungkusan yang digunakan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

15 Responses

  1. aimaniman says:

    hmmmm nasib baik bukan saudagar online, klu x akak kena berguru la macam nih… tapi info yg berguna nanti2 bila menggunakan pos laju

  2. Anarm says:

    Terima kasih Ejam sebab kongsikan info ni..

  3. ohcikgu says:

    Ohh..ada cetak rompak gak rupanyaa..

  4. duniafarisya says:

    Sampai ke plastik pun nak dicetak rompak mereka.Alahai carilah sumber yang halal.

  5. akubiomed says:

    Memang leceh dengan peraturan baru ini. Ini gara-gara sikap tidak bertanggungjawab akhirnya yang lain turun terkena tempiasnya. 🙁

  6. Nk tanya.. klau kita siap siap pack brang dari rumah n masuk dlm plstik prbyar. Borang nak trus letak dlam plstik tu jugak ke kena bg kat kaunter, biar kerani yang settlekn.?

    • Ejam Othman says:

      kalau plastik prabayar boleh bungkus siap2 cuma kena pastikan had berat yang dibenarkan dipatuhi baru seal, kalau nak selamat jika tiada penimbang jangan lekatkan dulu minta mereka timbang baru lekatkan.

      borang poslaju tu isi siap2 dan koyakkan helaian terakhir (untuk simpanan anda) dan kemudian masukkan borang poslaju tu pada bahagian poket plastik prabayar.
      serahkan pada kaunter, itu sahaja.

  7. shaha says:

    Kenapa slip pos laju tu x de cetakan komputer lepas kita pos barang menggunakan plastik rm6…

    • Ejam Othman says:

      Konsep prabayar yg dipermudahkan…anda boleh siap koyak salinan belakang sekali dan serahkan bungkusan di kaunter untuk urusan seterusnya.

      Andai kata perlukan juga cetakan boleh rekues di kaunter untuk mereka buatkan.

  8. Fitri says:

    Assalamualaikum…. kalau tersalah nama(terletak nama yg lain) tetapi alamatnya tepat.Adakah penerima akan mendapat barangannya?

  9. fila says:

    saya ade beli brg on9. .bank in jumaat now da 8 hari barang tak sampai die tunjuk borang warna ungu tapi bile chek no tracking asik no record n die kate tunggu poslaju update. .ni macam mana pulak ye??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.