Wajib Tukar Nombor Plet Kenderaan Untuk Elak Disaman.

image

Akhirnya setelah difikirkan secara rasional berkaitan isu hangat bulan November ini iaitu tindakan JPJ terhadap kesalahan nombor plet kenderaan maka aku menurut kehendak mereka dengan menukar nombor plet mengikut spesifikasi yang telah dimaklumkan.

image

Setiap kedai aksesori diberikan lembaran ini untuk memberi penerangan kepada mereka sendiri dan juga pelanggan. Setiap huruf disusun mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

image

image

Ketika berada di kedai aksesori itu tadi kelihatan deretan nombor plet yang telah ditempah hanya tunggu tuannya datang ambil sahaja. Kedai aksesori ini tawarkan serendah RM26.00 untuk sepasang nombor. Agak murah sebab ada jedai di Mentakab dan Temerloh ambil kesempatan mengenakan hingga RM50 sepasang.

image

Memandu pulang ke rumah tadi rasa lega sangat dan juga rasa selamat selepas berjaya tukar nombor plet mengikut piawaian JPJ.

Pasrahlah rakyat Malaysia, kita hanya mampu mengikut arahan. Jika bersuara dikatakan melawan…kasihan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. titan says:

    tukar ajelah.

    kang kena saman..membayar la jawabnya..

  2. KiD says:

    fuhhh…. nak kena tukar lagi ek? aku tak pernah tukar lagi ni.. standard je

  3. jaymiee says:

    pakai yang standard pun okey..jiwa rasa lebih tenang bila ada sekatan lalulintas….

  4. Lebih baik bayar no.plate dari bayar saman…

    Rasa macam nak memandu di London pulak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.