Fasa Pilih Warna Cat Rumah Bermula.

image

Alhamdulillah kunci rumah telah diserahkan pemaju 2 minggu lepas. Ini bermakna sudah boleh masuk rumah sendiri tapi meter elektrik dan meter air belum sedia lagi. Dua perkara utama itu telah diuruskan pemaju dengan pihak bertanggungjawab, bila TNB nak pasang meter akan telefon aku untuk buka pagar rumah. Sebelum itu kami teruskan perancangan yang sepatutnya.

image

Katalog cat dan kedai cat adalah sasaran kami semalam. Dah dapat warna pilihan tunggu nak buat pembelian sahaja. Apa yang perlu meter elektrik lepas itu pemasangan lampu dan kipas pula, yang peliknya cat cari dulu sedangkan lampu dan kipas belum lagi…hehe.

image

Maklumlah orang muda dengan rumah pertama tu yang jadi huru-hara sikit perancangan nak masuk rumah baru sebab kurang ilmu. Alasan tak tahu bukan boleh pakai dah sekarang, google sahaja boleh cari maklumat yang diperlukan.

Kami cuba ikut beberapa panduan yang dijumpai semoga tahun depan sebelum bulan Februari kami berjaya pindah masuk rumah baru itu. Doakan segala perancangan kami dipermudahkan, amin.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. SEO Mudah says:

    Cat warna yang sejuk2 mesti sejuk umah tu.

  2. reezluv says:

    tu dia..tukar cat..cantik la pasni

  3. Nurul Fazreen Othman says:

    Alhamdulillah.tahniah dapat rumah. Saya pun baru je dapat memiliki rumah pertama. Syukur alhamdulillah. Tak sabar rasanya nk deco2 rumah sndri. Harap2 semua berjalan lancar.

  4. KiD says:

    waaaaah…. dah nak pilih cat.. pilih cat berkualiti.. hehehehee

  5. Ikhwan Fahmi says:

    kalau bilik tidur, letak warna momento pun cantik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *