Masalah Bunyi Pada Perodua Axia.

image

Sejak beli Perodua Axia ini kami dihantui oleh bunyi seperti ada benda yang bergegar bila kereta mula berjalan dengan pecutan yang lebih. Selepas seminggu guna baru kami sedar akan kehadiran bunyi tersebut. Gusar juga hati ini takut melibatkan komponen enjin yang penting maka semalam telefon pusat servis untuk pemeriksaan pagi tadi.

image

Hampir 2 jam pomen Perodua cuba mencari punca masalah tersebut sampaikan semua pomen yang ada memberikan cadangan penyelesaian hinggalah akhirnya punca berjaya dikesan. Getaran yang terbentuk hasil pergeseran 2 batang paip yang berdekatan. Rasanya macam paip saluran aircond pun ya.

Setelah pomen letak penyendal tersebut terus hilang bunyi itu. Lega hati ini dan diharapkan tiada lagi masalah berbangkit selepas ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

35 Responses

  1. Atie Ika says:

    Saya tgh menunggu axia sy..sepatutnye dapat bulan nie tp sy mintak bulan jan 2015 sbb sy dah tuka tmpt keje jauh di utara..risau pula bila baca komen2 ttg axia..sbb lps amik axia di selangor, perlu bwk ke kedah..blh tau pendapat dan komn slps menjadi pengguna axia? Mungkin boleh diceritakan dalam n:-)ext entri

    • Ejam Othman says:

      tak perlu risau, axia ni saya dah cuba melebihi 110km/j pun masih stabil dengan 2 orang di dalam kereta.
      minyak agak jimat jika dibandingkan dengan kereta pertama kami alza dan memang itulah tujuan beli kereta kedua kereta kecil.

  2. Atie Ika says:

    Saya tgh menunggu axia sy..sepatutnye dapat bulan nie tp sy mintak bulan jan 2015 sbb sy dah tuka tmpt keje jauh di utara..risau pula bila baca komen2 ttg axia..sbb lps amik axia di selangor, perlu bwk ke kedah..blh tau pendapat dan komen slps menjadi pengguna axia? Mungkin boleh diceritakan dalam next entri

  3. Anarm says:

    Alhamdulillah.. Selesai jugak masalah bunyi tu ye..

    • Ejam Othman says:

      Alhamdulillah.
      Risau juga pada awalkan sebab bunyi besi yang longgar, dah bahagian kereta banyak yang besi.
      Bila berjaya dijumpai puncanya dan selesai masalah terasa syukur sangat, lega hati kami.

  4. MNH says:

    Mak saya kalau kereta berbunyi sikit je cepat cepat dia pergi pusat servis untuk betulkan apa yang patut. takut betul dia kalau akan berlaku apa apa masa dalam perjalanan.

  5. yatt says:

    mcm2 mslah..mula2 crmin brbunyi,pstu enjin bunyi mcm ade cengkerik kt dlm tu….blom abis 3 mggu pkai…tggu pusat servis call tuk tgok kete

  6. yatt says:

    mcm2 mslah..mula2 crmin brbunyi,pstu enjin bunyi mcm ade cengkerik kt dlm tu….blom abis 3 mggu pkai…tggu pusat servis call tuk tgok kete

  7. pish says:

    Ok ke pakai axia kalau perjalanan jauh ke kelantan sekali sekala?

    • abdil says:

      salam..jimat n selamat..sy isi 53 rggt bole smpi kubang kerian..mmg terbaik..

    • Ejam Othman says:

      saya belum cuba drive axia ke kampung isteri di machang, tapi akan cuba juga suatu hari nanti.
      ke melaka rumah ayah saya dah banyak kali juga.
      jimat memang jimat bergantung pada cara pemanduan.

      • abdil says:

        btl tu..mmg jimat..tgk cara pemanduan..sy just bwk dlm 110 plg lju..tp setakat ni xde lg problm kn psl axia ni..hope semua selamat

  8. ariz says:

    axia bapa sy pun mcm lebih kurg mslh cik. kuat gila bunyi enjin. br lg guna ni. seminggu gyna dh dgr. dh dekat 1bln msh sama. ada pg pusat servis kt puchong mengecewakan dorg kt xde mlsh lgsg! sy bwk blk dan xpuas ati. jd abah kt guna lg nnt bwk pusat servis lain. dh 1bulan meter km myk plak dh xde. jd mmg kn pg pusat servis yg btul2 bleh settlekan smua mslh ni. bleh tau pusat servis mana cik pegi. atau mslh cik tu cik bagitau dorg apa msalahnya klu sy atau bapa bagitau enjin beebunyi nanti dorg kata xde apa biasa je tu.. tema kash

    • Ejam Othman says:

      Masalah yang saya alami saya maklumkan ketika pemeriksaan walaupun belum tiba masa untuk pemeriksaan pertama (5000km).
      Mereka periksa dan cari punca masalah itu dan langkah awal mereka sendal dengan span dahulu sementara tunggu maklumbalas dari pihak kilang.
      Seminggu lepas itu pihak kilang hantar wakil untuk tengok masalah tersebut dan mereka sahkan masalah tersebut dan order alat ganti.
      Selang beberapa hari barang sampai dan mereka tukarkan pada kereta saya dan sehingga sekarang masalah selesai.

      Carilah pusat servis yang lain, minta pendapat mereka pula.
      Sekiranya tidak ada tindakan boleh laporkan pada pihak Perodua agar mereka buka mata tentang masalah ini.
      Pusat servis harus menghantar laporan setiap masalah yang pelanggan adukan.

  9. norrahman says:

    salam tuan,

    boleh terangkan apa makna electronic fuel injection (EFI) tu? tak silap saya tu spec enjin axia, apa beza dengan enjin yang lain.. ada terdengar nak servis perodua axia ni perlu ke bengkel yang computerized. tak boleh pegi bengkel bawah pokok je.. betul ke?

  10. mohd am says:

    Perodua Axia saya baru hampir 4 bulan menghadapi masalah goyang di bahagian tayar belakang pada kelajuan 100-120km/j Dan sangkut tayar belakang ddi arch apabila bumpy.Apabila dirujuk ke SC.masih belum ada jawapan yang terbaik dan solid untuk menukar absorber @ bahagian rack belakang. Sebagai sebuah syarikat yang gah Perodua perlu mengambil langkah bijak Dan drastik demi menjaga keselamatan pengguna Dan tidak menggadaikan nyawa pelanggannya dengan membenarkan membawa kenderaan yg dalam keadaan merbahaya Terus berada diatas jalaraya. Perodua perlu melengkapkan alatan pemeriksaan di SC utama setiap negeri bagi tujuan pemeriksaan kerosakan bagi mendapat status terbaik kearah kepuasan pelanggannya.Pomen terlatih diperlukan kearah mencapai matlamat asal Perodua bukannya mereka yg bersikap seperti bomoh yang boleh membuat keputusan tanpa memeriksa sebaliknya dengan mata kasar shj.tindakan Dan rasa prihatin pihak Perodua ditagih dengan menghubungi Dan Cuba memudahkan urusan Dan prosedur yang perlu. Prosedur yg mesra pelanggan perlu tempoh menunggu perlu dipercepatkan bukannya memakan masa(tindakan segera @Just In Time).laporan kerosakan dalam sistem perlu di selaraskan (syncronize) supaya semua SC tahu dalam memudahkan urusan penyelenggaraan.Secara jujur sebagai pengguna ingin melihat sejauh mana kesunguhan pihak Perodua dalam menangani masalah pengguna (khidmat & servis after sales) yang menjadi penentu jatuh bangun sesebuah syarikat. Servis yang diberikan oleh servis advisor perlu bijak dalam mengatur masa pelanggan. Sikap sambil lewa yg wujud Dan tidak mementingkan masa pelanggan amatlah merugikan sesebuah sykt. Penyelesaian terbaik perlu dibuat oleh mereka dalam menjaga hati pelanggan. Mereka bertindak seperti sykt tidak sebahagian Dari diri mereka Dan seaman tidak professional dalam menangani masalah pelanggan Dan menunjukkan mimik muka seolah pelanggan menjadi beban buat mereka. Keadilan Dan hak pengguna perlu di titikberatkan dalam memenangi hati kedua-dua pihak. Dengan harapan pihak tertinggi Perodua tampil dengan hati terbuka menghuungi says sebagai pelanggan mereka untuk memudahkan urusan claim dan warranty.boleh hubungi says di 017-2118169.

    P\s: “Sekiranya kita menang bergaduh dengan pelanggan. Sebenarnya kita telah kalah kerana pelanggan akan lari”

  11. mohd am says:

    Perodua Axia saya baru hampir 4 bulan menghadapi masalah goyang di bahagian tayar belakang pada kelajuan 100-120km/j Dan sangkut tayar belakang sebelah kanan (bhgian blog pemandu) di arch apabila bumpy.Apabila di rujuk ke SC. Namun masih belum ada jawapan yang terbaik dan solid untuk menukar absorber @ bahagian rack belakang. Sebagai sebuah syarikat yang gah Perodua perlu mengambil langkah bijak Dan drastik demi menjaga keselamatan pengguna dan tidak menggadaikan nyawa pelanggannya dengan membenarkan pelangganmembawa kenderaan yg dalam keadaan merbahaya Terus berada diatas jalaraya. Perodua perlu melengkapkan alatan pemeriksaan di SC utama setiap negeri bagi tujuan pemeriksaan kerosakan bagi mendapat status terbaik kearah kepuasan pelanggannya.Pomen terlatih diperlukan kearah mencapai matlamat asal Perodua bukannya mereka yg bersikap seperti bomoh yang boleh membuat keputusan tanpa memeriksa sebaliknya dengan mata kasar shj.tindakan Dan rasa prihatin pihak Perodua ditagih dengan menghubungi dan Cuba memudahkan urusan dan prosedur yang perlu. Prosedur yg mesra pelanggan perlu tempoh menunggu perlu dipercepatkan bukannya memakan masa(tindakan segera @Just In Time). Laporan kerosakan dalam sistem perlu di selaraskan (syncronize) supaya semua SC tahu dalam memudahkan urusan penyelenggaraan.Secara jujur sebagai pengguna ingin melihat sejauh mana kesunguhan pihak Perodua dalam menangani masalah pengguna (khidmat & servis after sales) yang menjadi penentu jatuh bangun sesebuah syarikat. Servis yang diberikan oleh servis advisor perlu bijak dalam mengatur masa pelanggan. Sikap sambil lewa yg wujud Dan tidak mementingkan masa pelanggan amatlah merugikan sesebuah sykt. Penyelesaian terbaik perlu dibuat oleh mereka dalam menjaga hati pelanggan. Mereka bertindak seperti sykt tidak sebahagian Dari diri mereka dan seakan tidak professional dalam menangani masalah pelanggan dan menunjukkan mimik muka seolah pelanggan menjadi beban buat mereka. Keadilan dan hak pengguna perlu di titikberatkan dalam memenangi hati kedua-dua pihak. Dengan harapan pihak tertinggi Perodua tampil dengan hati terbuka menghubungi saya sebagai pelanggan mereka untuk memudahkan urusan claim dan warranty. Boleh hubungi saya di 017-2118169.

    P\s: “Sekiranya kita menang bergaduh dengan pelanggan. Sebenarnya kita telah kalah kerana pelanggan akan lari”

  12. hadi says:

    perodua axia saya dah masuk sc sebab berlaku kebocoran pada sistem air cond….
    kompresor air cond pun rosak,,, sekarang kena 2gu 3 hari untuk spare part..

    sapa-sapa yang ada masalah air cond tak sejuk mungkin kena berhati-hati..

  13. nelx says:

    saya baru kene macam hadi kene.. mula mula dengar bunyi desiran sssssssss halus 2 hari lepas… tadi terus aircond tak sejuk dan bunyi desiran sssss makin kuat..
    esok nak pi servis.. tak tahu apa nasib badan

  14. Saya lahj says:

    Baru 8 bulan pakai Axia kereta saya mengalami masalah yg sama dgn Hadi…aircond x sejuk..Esok nak pi SC diaorg kata nak ganti kompresor.Lepas ni kalau ada kerosakan saya akan saman Perodua terus ataupun pergi TTP.

  15. AD says:

    Axia dlm 4 bulan ni pun sama mengeluarkan bunyi geseran rod di bhg enjin bila reverse. Mungkin gegaran enjin menyebabkan rod2 tu berlaga..belum ada penyelesaian…

  16. myqa says:

    minggu lepas baru servis aircond sbb waktu buka ada bunyi bising kejap.. tak sampi setahun pakai kene la keluar sikit duit untuk servis kasi tip top balik..

  17. herry34 says:

    baru blik dari SC glenmarie shah alam
    aircond tak sejuk….kereta baru keluar 10 hari
    mekanik dah cek semua katenya OK…tp sy x puas hati….
    SC suruh test sampai milage 5000kmh
    klu masih sama jgk baru dorg tukar compressor…..

    • Maisara says:

      Syg dh pakai axia model g almost 2yrs dh second time tukar compressor air conditioner yg pelik nye tukar baru pun blh bunyi kuat lg sampai enjin pun bgegar mcm nk jatuh bile sent car to service center dia ckp standard enjin bgegar sbb 3selinder by Thursday I will send my car to sanden to check the compreser again n the enjin? Still bgegar mcm nak jatuh let it b la?

  18. dyy says:

    saya ikuti blog ini part dari part.. setiap kereta mesti ada human failure mungkin semasa pemasangan unit2 dan sistem dia.. pada pengguna yang dah pakai..berbaloi tak ye axia.. saya tgh berkira-kira nak ambik sebiji tahun depan

  19. kasih says:

    saya pakai axia almost 2 years. sbelum ni okay, tapi bila dh masuk stahun stgah pakai ada bunyi mcm cngkerik area dashboard especially bila tekan minyak…benda sama bunyi belakang radio..sangat bsing..

    • abdil says:

      smala.bunyi tu sbb belting kendur..sy surh sc ketat kn belting.bunyi pelik plk yg jadi…dorg ckp normal…adoi..pening mcm ni

  20. sol says:

    da pakai hampir 2 tahun 3 bulan, ada beberapa bunyi pelik dari bay enjin…cuba cari x jumpa gak…next service nk tanya masalah ape, mcm plastik bergegar2…kjap ada kejap x…runsing…selama ni ok jer..

    • Ejam Othman says:

      keluaran awal axia memang banyak komplen pasal bunyi-bunyi yang sukar nak jumpa punca ni, model terbaru agaknya berjaya diatasi atau tidak itu terpulang kepada kesungguhan Perodua melayan setiap komplen pengguna.

  21. Syam says:

    Dah guna axia Advance selama 3 tahun 2 bulan…..Yg bunyi mcm cengkerik tu adalah aicond bearing pulley yg dkt belting tu. Sy dh kena….Bila hntr ke SC mereka cuma ikat kan belting je. Masih lagi sama bunyi nya. Jd sy terpaksa cari sendiri dan jumpa masaalah nya. Aircond pulley tu yg bunyi. Pergi ke SC yg lain utk claim kan warranty. Lain2 problem tak ada, axia sangat menjimatkan petrol dan poket anda…

    • Ejam Othman says:

      betul ler cerita yang pernah dengar sebelum ini, ada SC yang malas nak layan claim ni, kena cari SC yang lain semata-mata nak claim waranty kan.

      pihak Perodua dah patut ambil tindakan pada SC yang ambil mudah pada aduan pengguna.

  22. Nanie says:

    Sy mengalami masalah bunyi pada bahagian enjin.tp x psti ape masalahnya. Bila dtg nk g cek kat perodua servis, bunyi tu tak ada pula.. Skrg da tiga hari berturut bunyi yg sama. Makin lama macam makin kuat.

    • Ejam Othman says:

      disebabkan masalah bila jumpa pomen perodua bunyi tu takut nak keluar ler saya rakam video waktu bunyi itu kedengaran sebagai bukti.

      baru kukuh sikit bahan bukti untuk mereka ambil peduli.

  23. NUR AFINNI BINTI MOHAMED ALI says:

    saya pon sama pomen kta belting x tahu la nanti nk kna p servis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *