Berbudi Pada Tanah Merasa Kangkung Goreng Belacan.

image

Sejak bermula cuti sekolah hujung tahun lepas lagi aktiviti berkebun telah dijalankan bersama rakan-rakan sekerja. Adalah kangkung dan sawi yang ditanam oleh Pakcik Arshad yang sejuk tangannya. Semalam dia tuai hasil kangkung yang telah cukup besar untuk diagihkan pada semua yang ada.

image

Mana-mana pokok yang masih tak cukup besar ditinggalkan untuk fasa terakhir sebelum tapak itu dikosongkan semula bila dah naik sesi persekolahan 2015 minggu hadapan.

image

Malam semalam juga aku terus suruh isteriku yang tercinta masakkan kangkung goreng belacan. Puashati dapat makan sayur segar lagi organik kerana tiada penggunaan racun terlibat dalam proses penghasilan kangkung tersebut.

Syukurlah rezeki berbudi pada tanah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. adarain says:

    Sayur feveret saya.

  2. AZENI AHMAD says:

    Wahh.
    Sedap kangkung goreng belacan.
    Lebih sedap organik dan tanam sendiri pulak kan.

  3. Feeling lebih best skit kan bila dapat makan benda yang ditanam sendiri…dan ianya adalah menu pelengkap kalau makan set ikan siakap – samada tiga rasa / sweet sour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *