Hari Minggu Hari Tanpa Baju.

image

Bila di dalam rumah beginilah fesyen sebaiknya nak pula sebelum makan. Kalau lepas mandi dengan cuaca di luar panas berlenggeng jugalah jawabnya. Kalau berbaju pun cari yang paling minima kainnya.

image

Sebenarnya semalam saja nak ambil gambar kereta yang Aqil naik tu tapi tiba-tiba abang Haq datang bawa basikal dia dan suruh ambil gambar maka inilah hasilnya dalam keadaan berlampin saja…hehe.

image

Oh ya mereka berdua sekarang tengah dalam mood nak makan saja. Stok makanan kena sentiasa ada untuk kudapan mereka dan kami juga. Aqil semakin berat, dokong sekejap pun sakit pinggang dibuatnya.

Semoga anak-anak Papa dan Mama membesar dengan sihat dan bijak.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *