Rumah Baru, Si Baju Biru, Akan Ku Buru.

image

Tahun baru 2015 InsyaAllah permulaan baru untuk kami yang akan masuk ke rumah baru. Bulan pertama Januari dah sampai penghujung namun masih banyak urusan rumah baru belum langsai lagi. Tarikh nak pindah masuk belum dapat ditentukan lagi namun tempoh akhir adalah bulan Februari nanti.

image

image

Melawat rumah banyak kali dah. Si budak baju biru ini bila dibawa tengok rumah baru bukan main lagi seronoknya. Berlari dari depan ke belakang, dari dalam rumah ke luar rumah tanpa rasa takut jatuh. Yang pasti berlari tak jatuh tu adalah mustahil namun biarkan saja sebab tidak cedera parah hanya rasa dan sakit sedikit buat pengajaran dia juga.

image

image

Sebelum pindah masuk kami dah nampak banyak benda perlu ditegah bila dua beradik tu nak main di luar rumah.

image

image

Esok dah masuk Februari kerja-kerja tambahan untuk pendawaian serta pemasangan lampu-lampu dan kipas diharapkan dapat selesai segera. Minggu pertama Februari kena dan mesti mula operasi mengecat dalam rumah. Setiap hari lepas balik kerja aku kena terus singgah rumah ini dan mengecat sendiri. Bila anak-anak ada sama memang tidak jadi kerja maka kenalah cari waktu yang sesuai.

image

Oh ya paip dapur rumah bocor pula dari dalam dinding, air mengalir macam air terjun. Ini satu hal dah 3 minggu aku buru pemaju agar datang repair kerosakan itu namun petang semalam baru mereka beritahu bosnya nak datang tengok masalah ini hari Isnin nanti itupun selepas aku dah tinggikan suara. Stress ok bila orang lengah-lengahkan kerja yang buat banyak benda tertangguh.

Semoga Februari dapat masuk rumah BARU yang ruang tamunya bakal warna BIRU dan yang penting pemaju aku tak payah kerap BURU jika ada masalah berlaku. Doakan yang terbaik buat kami ya.

kontest-terokaperspektif_teaser-2-IG

Ini adalah entri menyahut cabaranĀ Kontest Teroka Perspektif anjuran BLOGR.MY.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    rumah baru siap ker nih??

  2. akubiomed says:

    Tanniah bakal memasuki rumah baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *