Servis Pertama Perodua Axia.

image

Tengok pada meter belum 5000km tapi sudah menghampirinya dan kebetulan keesokan harinya perlu jalan jauh ke Putrajaya untuk hantar isteriku pergi mesyuarat. Oh ya Axia ini aku servis hari Rabu dan pergi Putrajaya hari Khamis iaitu semalam dan update di blog hari ini Jumaat. Nampak tak betapa malasnya aku nak update blog walaupun ada bahan. Apa boleh buat jika idea tiada pun tak jadi juga.

image

Servis pertama Perodua Axia memang pada 5000km (atau 3 bulan selepas daftar kenderaan mengikut mana yang terdahulu) dan tiada sebarang bayaran dikenakan melainkan aksesori tambahan. Mereka tambah mana yang kurang dan cuba atasi masalah yang dilaporkan pelanggan.

Aku hanya komplen pasal kadang-kadang Axia kena dihidupkan beberapa kali barù hidup enjinnya seakan sukar tapi bukanlah selalu terjadi. Lagi satu masalahnya ialahbila berhenti di bukit yang cerun dan na? mulakan semula perjalanan terasa kereta macam nak mati enjinnya. Solusinya mereka betulkan semula timing agak tidak terlalu tinggi seperti sebelumnya.

image

Lepas siap servis diberikan pula cuci kereta secara Percuma, terima kasih khidmat pelanggan terbaik dari Pusat Servis Perodua Mentakab.

image

Dapat hadiah Air Freshener Myvi percuma lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. titan says:

    wahh..baru sampai 5k ka? ni mesti jalan-jalan tak jauh nih..

  2. nurulasiah says:

    assalamualaikum,.. sy nk tny .. sy ad kerta axia .. kawan sy ad bg tahu setiap 1000 km bg semua jenis kereta termasuk kereta jenma perodua.. tp sblom ni salesman yg mnjual kereta ad beritahu yang axia perlu tggu 5000 km baru boleh service.. sila bagi penjelsan sbb sy baru lg memiliki kereta. 😀

    • Ejam Othman says:

      wsalam.
      servis pertama axia ialah 5000km, mereka akan tengok dan tanya apa-apa masalah yang kita hadapi.
      selagi tiada pertukaran/penambahan barangan tiada caj akan dikenakan kerana ianya free.

      servis seterusnya yang perlu tukar minyak hitam buat pertama kali ialah 10000km pertama dan setiap servis axia adalah pada gandaan 10000km.

  3. SYSKA says:

    salam .. saya nk tumpang bertanye, kete saya dah lebih daripada 5000km untuk service jd 5900km so xde side effect ker?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *