Smartphone BARU, Warna BIRU, Ada Ciri Yang Ku BURU.

image

Cerita tahun lepas punya tapi baru nak keluar tahun ini disebabkan oleh wujudnya Kontest Teroka Perspektif yang dianjurkan oleh pihak Blogr.my. Mari aku mulakan penceritaan berdasarkan 3 perkataan yang menjadi syarat penyertaan.

image

image

Sebab utama aku tukar telefon baru bukan hanya kerana warnanya yang biru tapi lebih kepada ciri-cirinya yang aku buru waktu itu…hehe.

image

image

Ini adalah Samsung Galaxy S5 LTE Duos yang mana boleh masuk 2 simkad terus. Waktu aku beli telefon ini aku ada simkad Celcom 1Malaysia yang boleh guna internet unlimited namun sebelum penghujung 2014 pihak Celcom telah buat pasal dengan semua pemilik simkad “ajaib” tersebut walhal aku beli pek permulaan simkad itu memang secara rasminya adalah pakej 1Malaysia yang disasarkan jualan di Pantai Timur.

Bila Celcom cari pasal maka fungsi 2 simkad pada Samsung S5 ini haruslah digunakan juga maka aku pakailah simkad ONEXOX yang dibeli dari saudara Anarm sebab inilah simkad yang tidak mengenakan caj Pay-Per-Use yang amat membebankan pengguna yang menggunakan perkhidmatan data.

image

Aspek kamera yang cantik pada S5 ini juga menguatkan lagi keputusan aku untuk memilihnya. Bila kamera cantik pasti hasil gambar yang diambil juga cantik dan puashati barulah kena tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Sekarang S5 masih berkhidmat dengan baik dan aku menggunakan Hotlink serta ONEXOX untuk langganan data secara bergilir-gilir namun talian Hotlink adalah untuk urusan rasmi dan bisnes HEYdotMY aku juga. Semua gambar dalam blog ini sejak 2014 adalah hasil rakaman Samsung Galaxy S5.

kontest-terokaperspektif_teaser-2-IG

Ikhtiar cuba nasib menyahut cabaranĀ Kontest Teroka Perspektif anjuran BLOGR.MY

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. titan says:

    aik.

    bukan semalam dah buat ke?

  2. Dr Fattah says:

    senang pakai 2 simkad, satu down satu ada lagi sebagai backup.

  3. Kucing Comel says:

    phone LTE jenis baru yang canggih,,miaww

  4. suhiminain says:

    entry ni buat teringat waktu aku nak beli handphone dlu, buat research sampai 2 minggu. tengok review dengan google la, baca forum la.

    hehe… Alhamdulillah, aku dah lebih setahun pakai note 8.0. alang-alang membeli, biar besar gedabak. haha….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *