Asus Zenfone 5 Lite Jadi Taruhan.

image

Kisah smartphone Asus Zenfone 5 Lite Version ini adalah milik isteriku tapi aku ceritakan di blog ini. Kisahnya terpaksa bermula apabila telefon Samsung Galaxy Mega 6.3 isteriku pecah buat kali kedua skrinnya, ya benar kali kedua dah. Gantian pertama skrin habis RM400 lebih jadi untuk kejadian kedua adalah lebih afdal beli telefon baharu saja.

image

Telefon Samsung tu pecah ketika di Kedah jadi buat keputusan beli yang baru di Kelantan tapi ketika berurusan dengan peniaga yang macam nak tak nak menjual sahaja maka kami putuskan beli online di SuperBuy.my pada hari Isnin. Guna alamat tempat kerja adik ipar untuk serahan dab ternyata Poslaju bagi jaminan sampai cepat, tengah hari Selasa dah sampai. Nasib baik sebelum bermulanya cuti Tahun Baru Cina.

image

Peniaga kerek tu cuba jual RM480.00 tapi bila tengok harga online baru RM416.00 (RM409 + RM7 kos pos) maka lebih berbaloi tunggu kurang 24 jam untuk barang yang sama sampai ke tangan. Tujuannya memang nak telefon baru apa salahnya tunggu sebentar untuk jimatkan duit.

image

Dalam kotak pakej Asus Zenfone 5 Lite ini dibekalkan dengan keperluan asas yang mencukupi. Bagi masa untuk isteriku gunakan dulu barulah aku review panjang sedikit tentang kelebihan dan kekurangan telefon pintar ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Mus says:

    mudah dan jimat..
    banyak lagi pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.