Mari Cuba YES Zoom FIZ Pahang.

image

Alhamdulillah semalam pihak Ezycomp Temerloh (Pemilik YES Temerloh) dah hantar wakil mereka untuk buat ujian signal di rumah baru kami untuk memastikan adanya liputan internet YES.

image

Selepas yakin barulah aku ke Ezycomp Mentakab untuk buat pendaftaran pakej YES Zoom FIZ Pahang 1Mbps. Pakej khas untuk negeri Pahang ini hanya RM89 sahaja langganan bulanan. Yang aku suka sangat ialah ianya unlimited tiada kuota bulanan (ada sebenarnya 30GB) jadi bolehlah online dengan senang hati.

image

Lepas siap daftar dan setting wifi pada modem tersebut terus aku ke rumah baru itu untuk pasang dan cuba sendiri. Syukurlah boleh dapat signal penuh dan kelajuan adalah seperti yang dijanjikan.

image

image

Aku tidak pasti adakah sebab pencawang yang berhampiran dengan rumah itu menjadikan capaian internet YES lebih stabil dan mampu mencapai kelajuan seperti dicanang.

image

Buat permulaan ini aku dah puashati tapi kena bagi masa bertenang dulu untuk tengok prestasi YES ini. Jika bermasalah siaplah kau…

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

20 Responses

  1. Mus says:

    oklah tu bro..
    jgn buat perangai .. kalau tak Yes jadi No

  2. titan says:

    kalau tempat memang laju..memang best la pakai yes ni.

  3. Dr Fattah says:

    memang susah kalau tak ada talian internet, nak periksa emel pun susah.

  4. Maria Firdz says:

    Kalau ada coverage mmg laju yes 4G ni…

    Saya pun guna Yes 4G… Tapi bukan yg Zoom… Cuma Hundle XS je… Tapi x mengecewa kan la stakat ni… Sbb ada je coverage.. Wlaupun kuning je. Tapi masih mmpu download 20 video dalam sejam… 🙂

  5. One says:

    yes fiz ni btul2 unlimited ke atau 30gb je

  6. teh says:

    salam boleh bg.. no kedai sbb nak beli jgk yes ni
    sis duk felda keratong agak2 dia boleh dtg x?
    +6 017-3399204
    blh bg no hp kedai tu tq

  7. sarip says:

    Salam, sy baru je langgan yes fiz ni. Masa test coverage memang 4 bar stabil signal. Bila dah register, internet speed sgt2 slow, 0.01Mb.

    Aduhhh, mcm mana yerr

    • Ejam Othman says:

      Gunakan hak anda.
      Report dengan YES untuk tindakan mereka.
      Jika masih bermasalah mohon pembatalan servis tanpa penalti kerana bukan salah pelanggan bila signal gagal diperolehi.

  8. hantu says:

    say no from yes sebab aku dh pkai FIZ ni..kelajuan x sampai satu mbps pun,,hanya 0.65 shj..lepas tu bile complain kat yescare..x dpat nak tolong..jawapannye…x dapat den nolong bayar bulan2..terima kasih…

  9. lazim says:

    say to from yes sebab aku dh pkai FIZ ni..kelajuan x sampai satu mbps pun,,hanya 0.65 shj..lepas tu bile complain kat yescare..x dpat nak tolong..jawapannye…x dapat den nolong bayar bulan2..terima kasih…

  10. Wahida says:

    Tuan macam mane ape pendapat tuan dgn YES ni?kalau ok saya nak try jgk Sy di mentakab

    • Ejam Othman says:

      Bagi saya penggunaan YES zoom fiz ini sudah cukup baik untuk penggunaan unlimited, speed adalah sesuatu yang tidak boleh diharapkan sangat sebab terhad pada 1 mbps sahaja.

      Sebelum pakai minta pihak YES Temerloh sahkan dulu kawasan Puan/Cik ada liputan atau tidak sebab kontrak adalah 2 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *