Selamat Datang Bulan Mac.

image

Alhamdulillah semalam secara rasminya kami berpindah ke rumah sendiri setelah hampir 4 tahun menyewa. Agak lama tinggal di rumah itu kerana rumah yang selesa dan dekat dengan pengasuh anak-anak cuma jiran ada sedikit bermasalah. Sebaik sahaja siap pindah harga petrol pula naik, sajakan korang ni.

Petang semalam juga dah serahkan kunci rumah sewa kepada tuan rumah. Duit deposit sebulan kami tak tuntut sebaliknya bincang baik dengan tuan rumah supaya dia langsaikan hutang bil elektrik dan bil air yang ada. Kalau berbaki kami halalkan.

image

Pindah sudah mengemas sahaja yang belum. Hari ini nak siapkan apa yang perlu dahulu, sekadar barang keperluan harian diutamakan. Yang lain tunggu mood sampai ya…hehe.

image

Signal YES, Hotlink, Celcom dan ONEXOX cukup penuh bar yang ada. Kedudukan menara komunikasi yang bersebelahan sangat membantu. Semoga lepas ini aktiviti mencari rezeki lebih akan berjalan baik dan dipermudahkan oleh-Nya.

P/s: Sebulan sahaja lagi sebelum masuk ke era GST.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Dr Fattah says:

    duduk rumah sendiri lagi bersemangat nak buat kerja harian.

  2. ikhwan says:

    sekarang dah boleh fokus untuk bayar rumah sendiri, memang puas hati.

  3. adarain says:

    Nampak besar rumah, semoga rezeki terus bertambah

  4. Syiok kan bro duk rumah sendiri..rumah baru pulak tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *