Tanam Pokok Buah Demi Hasil Masa Hadapan.

image

Semalam hari Ahad macam biasa ada masa terluang awal pagi menuju ke Pekan Sehari Temerloh untuk sarapan pagi dan cuci-cuci mata. Kebetulan pula puan isteri ada merancang nak cari anak pokok buah yang boleh ditanam di tanah tepi rumah.

Jumpa ada orang jual anak pokok rambutan RM15, anak pokok mangga epal juga RM15 juga dan anak pokok limau kasturi RM9 sahaja. Maka belilah 2 pokok rambutan, 2 pokok mangga dan 1 pokok limau kasturi. Petang semalam dah pindah masuk ke tanah yang ada di tepi rumah. Semoga hiduplah pokok-pokok tersebut.

Misi seterusnya nak cari anak pokok pisang dan juga tanam rumput karpet di situ pula. Semoga ada rezeki lebih nanti.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.