Bila Bekalan Elektrik Terputus.

image

Ahad lepas kawasan perumahan kami terputus bekalan elektrik atau lebih jujurnya terpaksa diputuskan kerana ada kabel yang terputus dan jatuh ke jalanraya. Percikan dan letupan yang terhasil amat menakutkan. Pertama kali tengok depan mata sendiri.

Pada mulanya ingatkan ada jiran buat kerja-kerja welding di rumah tapi bila tengok bekalan elektrik di rumah kami seakan-akan terputus aku jadi pelik. Keluar dari rumah dan cari bunyi tersebut dan terkejut juga tengok tapi nasib baik pihak TNB dah sampai. Rasanya kami baru balik dari berjalan-jalan tidak pula nampak kabel putus tersebut walhal di jalan masuk perumahan jer lokasinya.

Anak-anak nak tidur petang pun terganggu jadi begitulah gaya Aqil lepak di pintu sliding sambil menikmati udara segar.

image

Sampai ke malam bergelap dan berpanas hingga tertidur semuanya. Lebih kurang jam 11.20 malam barulah dapat bekalan elektrik semula. Syukur sangat.

Lilin kami guna dan ipad juga tidak terkecuali sebagai sumber cahaya. Risau jika terlena dengan lilin yang masih menyala maka biarlah ipad jadi pengganti sumber cahayanya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. fatin bella says:

    alahaiii kesiannyeee berpanas. hukhuk

  2. Dr Fattah says:

    kita ibu ayah boleh tahan lagi, tapi kesian dekat anak-anak.

  3. muliani says:

    biasa klau takde letrik slalu bawak anak pg jalan jalan sbb dlm kete sejuk skit.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.