Janji Mainan Robocar Poli Ditunaikan.

image

Alhamdulillah semalam sampai dah bungkusan 1 set Mainan Robocar Poli yang pernah kami janjikan untuk anak-anak. Rancangan animasi Robocar Poli ini Haq pernah tonton sebelum ini di Youtube ketika dia terjebak dengan penggunaan iPad yang melampau. Syukurlah “penyakit” ketagihan itu sudah berjaya diatasi dengan sendirinya.

image

Sekarang Haq akan tengok rancangan animasi yang disiarkan di televisyen sahaja tiada gajet atau Youtube. Telefon bimbit kami juga tidak pernah disentuhnya lagi, namun adakalanya ada bunyi meminta dan kami tegah.

Haq minat robot dan kenderaan, kalau di dalam kereta soalan tentang LORI memang selalu didengar. Lori apa itu Papa? Dia nak pergi mana? Adakalanya penat nak menjawab soalan berulang itu namun hadamkan juga.

image

Dapat sahaja mainan tersebut Haq dah tahu boleh jadi robot. Dia pusing itu dia pusing ini jadilah robot dari sebuah kenderaan. Hebat anak Papa ni, cuma ajar cara yang betul sahaja biar sempurna terjadinya robot.

Oh ya kalau ada yang berminat nak dapatkan Set Robocar Poli ini bolehlah hubungi @HEYdotMY yang mana stok baru akan tiba minggu hadapan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. StepinO says:

    Nice Post
    More Offers visit : Stepino

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *