Budak Baik Aqil Luka Di Kening

image

Ini kisah petang semalam, aku nak catatkan di blog ini juga untuk kenangan di kemudian hari. Nenek pengasuh telefon aku sekitar jam 2 petang bagitahu Aqil luka di dahi. Aku suruh dia sapu minyak gamat dulu.

Aku minta kebenaran untuk balik awal sebab waktu kerja aku sampai jam 3 petang. Memandulah dalam tenang sambil berdoa tidak teruk luka Aqil, sebaik sampai rumah pengasuh lengang rumah dia tiada orang.

image

Lepas 30 minit barulah nampak kelibat kereta ahli keluarga pengasuh, rupanya mereka bawa Aqil ke klinik dan bertampallah dahi budak baik itu nasib baik tidak berjahit. Nenek cakap Doktor kagum dengan Aqil sebab tidak melalak langsung. Terima kasih kak Ani bawa Aqil ke klinik.

image

Sampai sahaja di rumah aku mandikan dulu Aqil biar badan dia bersih dan selesa. Waktu mandi tu kita ni berhati-hati sebaik mungkin sedangkan dia sibuk nak main air macam takde apa jadi. Lepas mandi bagi minum susu dan aktif semula. Nasib baik Mama dia dapat balik awal maka mulalah sesi bermanja anak baik nama Aqil itu.

Waktu aku nak bagitahu Mama mereka pun risau juga takut dia balik terkocoh-kocoh, yeler tempat kerjanya jauh bahaya kalau memandu dengan hati tak tenang.

Semoga lepas ini anak-anak kami ambil ikhtibar dari apa yang terjadi…eh macam lekat jer nasihat tu dengan mereka…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Hafizul says:

    Huhu..gerun bila anak kena macam ni..lepas ni comfirm kita akan lebih hati2..

  2. muliani says:

    ksiannyaaa dkat aqill.. mcm teruk jugak lukanya tuu..cepat sembuh yee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *