Kerana Celcom First Basic 38 Aku Pakai Postpaid.

image

Alhamdulillah permulaan bulan Mei 2015 yang aman. Penghijrahan dari prepaid Hotlink ke postpaid Celcom untuk nombor utama aku juga telah berjaya semuanya kerana pakej Celcom First Basic 38. Setelah sekian lama pakai prepaid akhirnya aku tergoda untuk pakai postpaid.

image

Malam Selasa yang lepas kami sekeluarga ke BlueCube Celcom Star Mall Mentakab untuk berurusan. Aku nak tukar dari Hotlink ke Celcom manakala isteriku nak tukar pakej sedia ada kepada Basic 38. Urusan isteriku mudah kerana memang pengguna Celcom sedia ada. Bagi aku agak mencabar sedikit.

Mana tidaknya apabila pada petang Rabu aku dapat sms dari Hotlink katanya permohonan aku ditolak kerana aku tidak buat pengesahan untuk bertukar melalui sms yang perlu aku jawab. Persoalannya sms soalan yang perlukan jawapan itu pun aku tak dapat macam mana nak berbalas-balasan. Apa lagi terus telefon Celcom Careline tanya dan memang sah ada halangan, telefon pula Hotlink Hotline untuk mereka semak dan ya puncanya kerana sms yang aku tak dapat itu. Pihak Hotlink minta aku telefon Celcom semula suruh dihantar rekues MNP sekali lagi.

image

Bila Celcom dah hantar semula rekues pun aku tetap tidak dapat sms tersebut makanya aku balas sms dari Hotlink tersebut dengan huruf Y besar maka barulah ada balasan “Terima kasih untuk pengesahan”, sesuatu yang mengundang carutan. Apahal dengan sistem Hotlink a.k.a Maxis tu agaknya.

image

Tengah hari Khamis iaitu semalam aku telefon semula Hotlink bertanya khabar tentang status MNP aku dan syukurlah dalam proses 24jam katanya. Lega hati tak perlu nak carut bagai dah. Pada petang itu juga sekitar jam 5 petang dapat sms proses MNP berjaya dan aku terus aktifkan simkad Celcom. Memandangkan Samsung Galaxy S5 Duos ini ada 2 slot simkad maka aku dah masukkan awal-awal lagi simkad Celcom tersebut, sebaik sahaja simkad Hotlink dah tidak berfungsi maka terus aktifkan simkad Celcom.

Penuh cabaran betul rupanya nak MNP keluar sesuatu nombor telefon. Sekarang dalam smartphone aku ini ada Celcom dan ONEXOX yang sedia memberi khidmat buatku.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Dr Fattah says:

    senang ada 2 liputan, satu out satu ada lagi sebagai backup.

  2. Onexox says:

    Perang telco bermula. Maxis memang sedikit sukar untuk melepaskan pelanggan diaorg. MNP hampir 3-4 kali baru lepas port out ke telco lain.

    Selamat berjimat Ejam #kipidap

  3. muliani says:

    celcom kadang2 agak leceh sdikitt.. ade masalah

  4. fariz says:

    Cmne bos dah sebulan pakai celcom basic38? Cer bagi review sikit..nak tau jugak. Hehe…

  5. nando says:

    umi 28 lbh murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.