Bermanja Dengan Kucing Liar.

image

Kisah tengah hari semalam waktu ada ceramah di ABS Temerloh yang wajib hadir. Ketika rehat tengah hari selepas makan dan siap solat Zohor maka aku lepaklah bawah pokok dekat pondok pengawal, datang anak kucing ini minta nak bermanja-manja. Bukan main lagi menggeselnya nasib baik aku ni boleh terima kucing kalau orang yang tak suka kucing memang kena sepak dah kot.

image

Memanjat nak duduk atas ribalah nak panjat ke bahulah. Bukan main lagi menggatal anak kucing yang seekor ini. Tengok sekeliling tiada pula kelibat kucing besar, sah kucing ini bosan takde kawan nak main kejar-kejar….hehe tahap imaginasi melampau.

image

Panjat ke bahu kemudian jilat-jilat telinga aku, geli okay. Puaslah beberapa kali turunkan dia dan naik semula. Lepas beberapa percubaan gagal maka aku melarikan diri ke lokasi ceramah semula.

Tamatlah kisah kucing liar yang nak manja-manja. Rumah kami tak sesuai nak bela kucing.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Hairul Azni says:

    Kucing betina ke jantan tu Ejam?.. 🙂

  2. reezluv says:

    lu ada bau yang dia suka tu..:D tak semua orang dapat gini..hehee

    • Ejam Othman says:

      yeler kot,
      sebab dulu memang suka bela kucing tapi sejak dah kahwin memang tak dapat nak bela kucing demi keselamatan kucing dan anak2 juga…hehe

  3. Shaima says:

    Ada makna lain dia mengendeng tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.