Haq Dalam Fasa Tiada Pemakaian Lampin.

image

Haq dalam proses “tiada lagi lampin pakai buang” ketika di rumah. Masih terlalu awal tapi sudah ada perkembangan baik. Kena kerap ingatkan dia kalau nak kencing kena masuk bilik air, kalau nak berak juga kena ke toilet.

Ada ketikanya tercicir juga tapi itu tidak mengapa sebab dia belum boleh kawal dengan baik benda yang nak keluar. Kawalan emosi kami pun kena cukup baik agar tidak marah Haq jika dia terkencing atau terberak di luar bilik air.

image

Tidur siang kenalah beralas dengan kain dan plastik supaya tidak basah toto yang dihamparkan. Setakat ini tidur siangnya tidak pernah lagi kebasahan. Tidur malam lepas lena barulah disarungkan lampin agar tilam dia tidak basah.

Semoga Haq cepat dapat sesuaikan diri tanpa pakai lampin. Memandangkan lampin pakai buang kian mahal maka inilah masa yang sesuai untuk berubah.

Selepas Haq giliran Aqil pula. Semoga Aqil ambil ikhtibar dari penghijrahan abangnya ke arah yang lebih baik ini…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. sumijelly says:

    Betul tu ejam… ambik masa sikit…

    Memula buat siang dahulu… kerap g toilet selalu… malam pakai dulu pampers . ..

    bila dh biasa siang… tukar malam pula… kene kerapkan bgn tiap 3 @ 4 jam tik ke toilet dn jgn bg minum selepas pukul 9 mlm….

    ikut pada anak2 la..jgn dipaksa . …hehehe

  2. titan says:

    anak gua lambat lagi la jawabnya ye..

    hmm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.