Kenderaan Berat Lebih Muatan.

image

Mana tak cepat jahanam mainan kalau dah si pemainnya ganas amat. Mainan yang berfungsi dengan tolak ke depan dan ke belakang dinaiknya atas mainan tu buat macam main basikal. Alahai anak bijak Papa dan Mama ni.

image

Walaupun dia duduk terbalik arahnya tapi disebabkan nak main bahagian jengkaut itu maka dibiarkan sahaja. Duduk beralas lampin dia tu selesalah agaknya walaupun ada permukaan tidak rata di kawasan itu.

image

Nasib baik main dalam rumah, kalau di halaman rumah jawabnya main tanahlah. Tahu pula dia gerakkan bahagian kaut di depan tu dengan menggerakkan tuil yang ada di situ.

Nanti ada duit lebih kita beli jengkaut yang boleh naik tu ya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. kaki pelangi says:

    Budak-budak tengah membesar.. macam2 ragam.

  2. titan says:

    haha..

    nasib la. kalau kat luar..keta bapak dia pun dia langgar kott..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.