Pertandingan Selamatkan Telur Anda.

image

Semalam diberikan ruang dan penghargaan oleh cikgu sains di sekolah untuk aku jadi pengadil bagi peraduan ringkas untuk ahli kelab sains sekolah. Pertandingan Save The Egg yang mana aku pernah kongsikan idea ini kepada beliau beberapa minggu yang lalu. Tidak disangka-sangka idea tersebut diterima dan dilaksanakan.

image

Semua penyertaan aku yang lontarkan dari tingkat 2 bangunan sekolah ke bawah yang mana lantainya adalah jalan tar. Daripada banyak peserta hanya 6 sahaja yang selamat telurnya dengan syarat penggunaan 3 barang sahaja untuk menjadi pelindung telur, yang lebih akan terbatal penyertaannya.

image

Ketika pemilihan pemenang tergerak hati nak pecahkan telur yang selamat dan ternyata ada yang menipu kerana menggunakan telur rebus. Sampai hati dia mempermainkan hati dan perasaan juri seperti aku ini, sakitnya tuh di sini…hehe.

Pemilihan pemenang menggunakan kriteria pelindung yang paling selamat dan praktikal untuk melindungi telur tersebut. Yang guna tepung tu memang telurnya selamat tapi apa guna kalau plastiknya pecah tepung berselerak.

Tahun depan kalau penganjur nak buat lagi bolehlah dicadangkan beberapa penambahbaikan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Ani Haryani says:

    Kreatif sungguh yang menggunakan telur rebus hihi. Game yang jarang orang buat ni tapi rasa pasti meriah baling telur sampai ke bawah 🙂

  2. Aniey Yusoff says:

    teringat masa sekolah rendah thn 90an dulu perkhemahan pengakap. diberi amanah sebiji telur seorg dan dibawa bersama spjg trekking dan mesti jaga jgn sampai pecah. Mcm2 cara buat xnk bg pecah, kitaorg bungkus dgn kertas yg byk…last2 pecah jgk huhu..

    best betul pertandingan ni…jrg2 dibuat org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *