Terawikh Pertama Haq dan Aqil.

image

Alhamdulillah malam tadi untuk solat tarawikh pertama bagi bulan Ramadhan ini kami berjaya bawa Haq dan Aqil. Ya pertama kali buat mereka yang berumur 3 tahun 5 bulan dan 1 tahun 9 bulan.

Pada mulanya gusar juga risau ada yang meragam di masjid tapi akhirnya keadaan ok cuma ada beberapa perkara kecil yang perlu diperbaiki. Mama jaga Aqil dan Papa jaga Haq.

image

Aqil ada kawan yang mengagah dia, Haq pula rasa terganggu bila tengok ramai kanak-kanak.

image

Balik sahaja ke rumah Aqil tak nak buka kopiah dan Haq pula dahaga sangat. Nampak mereka macam seronok ke masjid tapi harus di disiplinkan lagi tentang yang boleh dan tak boleh buat.

Semoga anak-anak Papa dan Mama jadi orang yang beriman dan patuh kepada suruhan agama.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.