Syiling Dari Dalam Perut Haq Selamat Keluar.

image

Alhamdulillah jam 9 pagi tadi Haq minta nak berak dan syukur bersama tinjanya dibawa sekali duit syiling 20 sen yang ditelannya kelmarin. Lega rasanya hati selepas semalam seharian diberikan makan dan minum pelbagai benda agar cepat boleh berak.

image

Suatu kelegaan bagi kami selepas tengok sendiri syiling yang keluar. Ada rasa sakit di bahagian dubur kata Haq mungkin sebab geseran syiling itu kerana ianya paling awal keluar diikuti tinjanya.

Esok pagi akan ke Hospital Melaka semula untuk rawatan susulan. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih atas doa kasih sayang semua untuk anak bertuah kami ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Alhamdulilah dah keluar…

  2. reezluv says:

    harapnya ok le takde masalah lain…kena frame kan syiling tu, tunjuk kat dia besar nanti..ehehee

  3. Ani Haryani says:

    Alhamdulillah Haq, hehe

    Moga cepat sembuh Amin 😀

  4. Rujautih says:

    Alhamdulillah..boleh share bagi makan apa? Kalo boleh lah..terima kasih.

    • Ejam Othman says:

      Alhamdulillah.
      Selepas balik dari hospital terus beli pisang bagi anak makan, syukurlah anak jenis suka makan buah.
      Seharian selepas tu memang bagi sahaja dia nak makan apa pun sebab nak pastikan cepat dia buang air besar.
      Minuman vitagen pun ada diberikan juga sebab kebiasaannya anak2 saya kalau minum air sebegini mereka mudah dan cepat membuang.

      • Rujautih says:

        Bagus tips ni dipanjang panjangkan..hehe. Sepupu sy pula tertelan paku. Org kampung nasihatkan makan sayur kangkong byk2 pula. Akhir sekali sewaktu membuang, sisa kangkung tu bungkus paku tersebut jadi dia tak rasa sakit tertusuk paku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *