Bila Baring Atas Toto Membosankan Maka Inilah Yang Terjadi.

image

Sampai sahaja rumah terus minta tengok tv alahai anak. Sementara itu Papa bancuhkan dulu susu kambing untuk anak-anak Papa ini seorang sebotol. Sambil tengok tv sambil minum susu barulah seronok bukan.

Biasanya bantal itu atas toto tapi abang Haq minta nak dekat dengan tv dan Aqil ikut nak buat benda sama jadi layankan sahaja.

image

Aqil macam biasa kalau di rumah nenek dia tak tidur jawabnya lepas pekena susu sebotol haruslah lena dibuai mimpi.

Sejak minggu lepas lagi Aqil kerap menangis tak nak balik siap lari peluk atok pengasuh lagi agar Papa tak ambil dia tapi mana boleh begitu wahai anak. Dalam kereta sepanjang perjalanan sejauh 10km dia akan menangis, apa aku buat? Biarkan sahaja sebab sampai rumah nanti dia akan berhenti menangis dengan sendirinya lepas nampak mainan yang sedia untuk disepahkan.

Khamis ini Mama mereka akan ke Kuala Terengganu atas urusan kerja maka selama 4 hari kami bertiga sahajalah. Semoga Aqil tidak meragam di tengah malam ya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. pandai ejam jaga anak..mujur 2 boys kurang ragamnya..huhu

  2. Dr Fattah says:

    nampak serasi bersama, comel selalu.

  3. Bila dah mengantuk disorongkan toto maka tidurla dengan nyenyak…hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.