Sampai Dah Sampel Lazz Susu Kambing.

image

Masuk kerja pagi tadi tengok ada sampul surat atas meja, rakan sekerja ambilkan di pejabat. Tebal semacam ingatkan dapat kunci rumah percuma…hehe. Bila buka ada surat dan sampel Lazz Susu Kambing yang aku mohon dari laman web mereka untuk dicuba pada Haq dan Aqil.

image

Minum susu kambing bukan perkara baru untuk Haq dan Aqil kerana sekarang pun mereka minum susu kambing jenama Suffy. Cubaan Lazz Susu Kambing ini untuk tengok adakah perbezaan ketara untuk 2 jenama ini memberikan kesan buat mereka.

Dah agak lama juga Haq diperkenalkan dengan susu kambing apabila sebelum ini pengambilan susu Dutch Lady membuatkan Haq kerap muntah selepas menyusu. Muntahnya bukan biasa tapi berketul-ketul susu yang keluar semula. Sejak itu nekad kami tukar susu dan Alhamdulillah memberi kesan baik.

Apa yang kami nampak anak-anak kurang demam berpanjangan, kalau ada suam-suam badan pun akan segera hilang bila kerap minum air kosong. Selera makan usah cakap berseleranya bukan main.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. yan tak suka susu kambing…daging kambing suka lah..huhu

  2. Shaima says:

    panas tak susu kambing jenama ini. 😀

  3. Nurul says:

    Ooo..ni ke rupanya susu kambing Lazz. Ada dengar promo susu ni kat radio. Boleh minta sampel rupanya. Ok nnt try minta.

  4. Dr Fattah says:

    boleh cuba lepas ni, belum pernah minum susu kambing.

  5. KiD says:

    Susu kambing banyak khasiat… minum selalu laaa nih…

  6. siti hazreen says:

    Nak mohon jugalah 1 sample

  7. Shikin says:

    Alhamdulillah..sy mgamalkan susu kambing lazz ni.. Satu keluarga saya, Alhamdulillah semua serasi.. jika mahukan maklumat lebh lanjut bole wasap / kol 0139449817 tau bole ddpti d farmasi berkat sblh hosp.temerloh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.