Agak-agaklah Kalau Nak Iklankan Produk.

image

Petang semalam lepas balik dari menyelesaikan beberapa hal tengok di pintu pagar rumah bertempek kertas kuning. Aku ingatkan kempen bersih 4.1 sebab semua rumah dalam lorong taman yang sama menerima kertas ini. Bila dibaca rupanya iklan promosi pemasangan astro.

image

Ini dah tahap terdesak nak tambah pelanggan astro ker apa? Siap tampal dengan double side tape lagi, punyalah gigih. Petang itu juga hujan turun lebat maka hancurlah kertas tersebut di rumah jiran yang belum berpenghuni lagi maka bertaburanlah serpihan kertas yang lunyai.

Nak nasihatkan sikit pada agen-agen pengiklanan, kalau nak edarkan bahan promosi pastikan tidak merosakkan harta orang ya. Masukkan sahaja dalam peti surat yang sedia ada.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Nurul says:

    Sure rumah nampak kotor bila kertas-kertas tu lunyai kena air hujan. Giigihnya buat promosi guna double sided tape. hehhehe

  2. Kekadang naik angin juga dengan ejen yang terdesak macam ni kan

  3. Mus says:

    main kasar dorang ni bro..

  4. Dr Fattah says:

    elok suruh dia welding lepas ni 🙂

  5. titan says:

    biasa aku call.

    bila dah sampai rumah, aku suruh dia bukak balik iklan dia tu.

    haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.