Bila Sampah Wajib Diasingkan Mengikut Kategori.

image

Lama dah tak update blog, tetiba rasa nak menulis sesuatu. Isu mengasingkan sampah yang baru bermula pada bulan September ini. Disebabkan 3 kategori baru diwujudkan maka terpaksalah kami ikut dengan cara sediakan tong sampah tambahan yang boleh diasingkan mengikut kategori. Kami tempatkan di dalam rumah.

image

Sampah yang wajib diasingkan ialah Kertas, Plastik dan pelbagai. Tong merah jambu untuk kertas, tong biru untuk plastik dan tong ungu untuk pelbagai. Sisa makanan dan lauk memang dah ada jadi tidak perlukan tong tambahan.

Setakat 3 minggu pelaksanaan kaedah ini kami sekeluarga dapat buat dengan mudah sebab dah rancang kaedah terbaik untuk pelaksanaan. Operasi kutipan sampah juga mengikut jadual dan sampah yang boleh dikitar semula yang diletakkan di luar tong hijau juga dikutip pada hari yang sama. Jadi tiadalah longgokan sampah yang tidak diuruskan dengan baik lagi.

Sama-samalah kita sokong usaha murni ini dalam memastikan bumi kembali sihat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Nurul says:

    Bagus jugak idea letak kan tong sampah berasingan macam tu. Mungkin lebih senang letak plastik sampah yang transparent untuk collector kenal pasti barang yang ada di dalam tu.

  2. titan says:

    hoho..

    tin aje aku asingkan. sebab nak jual.

    Yang lain, campur aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.