Gunakan LPT1 dan LPT2 Pulang Ke Kampung.

image

Alhamdulillah sekarang sudah berada di Labok Machang. Gerak balik malam tadi jam 9.30 malam dari rumah di bandar Mentakab melalui LPT1 dan LPT2 hingga ke susur akhir Kuala Terengganu yang mana hanya memakan masa 3 jam sahaja. Entah kenapa terasa cepat pun tidak tahu kerana kelajuan adalah seperti biasa.

2 jam selepas itu mengikut jalan biasa sampailah ke destinasi. Kali ini dipermudahkan perjalanan dengan masa keseluruhan hanya 5 jam sahaja. Aku rasa mungkin sebab aku tidak berhenti di mana-mana dan keadaan diri masih segar tidak terganggu oleh rasa mengantuk atau sebagainya.

Perjalanan malam memang menenangkan namun perlukan lebih konsentrasi akibat keadaan yang gelap di sesetengah kawasan. Berhati-hatilah memandu.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *