Pertama Kali Melemang Di Kelantan.

image

Pertama kali sejak menjadi sebahagian dari warga Kelantan ini aku membakar lemang. Tarikhnya pula sehari sebelum Raya Haji 2015, alangkah paniknya seketika risau hasilnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Acara dimulakan agak lewat sebab aku lena keletihan perjalanan pulang.

image

Pada mulanya nak guna daun lerek untuk dimasukkan dalam buluh bagi menghasilkan lemang daun lerek namun apakan daya diri ini tidak mahir. Apa lagi gigihlah mak mertua carikan daun pisang sebagai pengganti.

image

Hasilkan 8 batang lemang benar-benar beri pengalaman terbaik dalam hidup. Hampir jam 5 petang menunggu lemang siap tapi apakan daya aku terlena seketika kesan dari keletihan yang masih ada. Pasukan sokongan setelkan fasa terakhir.

Malam ini sempat merasa sebatang dari lemang yang ada. Isi dalamnya elok masak cuma pada bahagian tengah buluh kulit lemang agak tebal hangusnya. Bahagian bawah dan atas cantik sekali masaknya.

Posmotem dah dibuat lepas ini masalah serupa bolehlah diatasi bagi mendapatkan hasil yang mematuhi piawaian lemang terbaik…cewah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *